~BAB 15~

59 7 0
                                    

Telefon jenama iPhone keluaran terbaharu itu dihempas kasar ke atas meja kopi berkaca. Tidak dihiraukan jika telefon itu pecah atau rosak sekalipun. Hatinya masih berkobar-kobar.

Damien meraup anak rambutnya yang jatuh di dahi ke belakang. Rimas. Matanya tertancap kembali pada skrin telefonnya yang masih bernyala.

'Aku balik lewat sikit. Ada hal.'

'Tak payah tunggu aku pun.'

Hati Damien Karl bertambah gusar. Pelik dengan tingkah laju adik angkatnya ini akhir-akhir ni. Dan lagi bertambah gusar apabila Alvin melaporkan kejadian petang tadi.

Macam mana rumah itu boleh terbakar?

Hanya soalan itu yang timbul di otaknya. Kepala masih ligat berpusing berfikir. Dan sebenarnya, Damien berasa ada sesuatu yang terjadi. Pasti ada sebab mengapa rumah itu terbakar.

******

Lelaki bertubuh sasa itu memandang tajam badinya di penjuru bilik. Tajamnya pandangan itu sehingga tidak sanggup Hellena membalas pandangannya. Liur ditelan kesat. Pahit.

Kemudian, baru Hellena sedar. Dirinya kini berada di sebuah bilik yang gelap. Hanya diterangi cahaya sebiji lampu yang malap di tengah-tengah ruangan bilik yang agak asing baginya.

Hellena melihat lelaki itu menggenggam objek hitam berkilat di tangan kanannya. Tiba-tiba, datang dua orang lelaki yang berbadan tegap mencengkam kasar lengannya lalu diheret tanpa belas kasihan dan dibawa di hadapan lelaki itu.

Hellena ditolak melutut di atas lantai. Berdesis dia menahan ngilu kepala lututnya berlaga lantai.

Auchh!

Hellena ingin bangkit semula. Namun, dua orang lelaki tadi menekan kedua-dua bahunya agar kembali melutut di hadapan majikannya.

Hellena ingin meronta dan melawan. Tapi, niatnya terbatal apabila mendengar bunyi derapan kaki seseorang menghampirinya. Lelaki itu. Lelaki itu berdiri tepat di hadapannya sambil mata mencerun tajam memanahnya.

Serta-merta air muka lelaki itu membengis. Sebengis seperti seekor pemangsa yang ingin menerkam mangsanya. Tiba-tiba, dia menjerit.

"Kau pembelot!!!" Jeritan lelaki itu bergema di segenap bilik itu. Sejurus itu, mata hazel Hellena berkaca. Tidak tahu mengapa. Tapi, hatinya dipaut sedih mendengar pertanyaan lelaki itu kepadanya. Seperti hatinya disiat-siat dengan pisau.

Sakit.

Masa berlalu pantas. Di pandangan Hellena, lelaki itu mengacu objek hitam berkilat yang berada di tangannya ke arahnya. Dan..

BAM!!!

"Allah!" Hellena tersedar lalu bangun mengejut dari baringannya secara mendadak. Nafasnya tercungap-cungap. Mimpi buruk. Dia mengalami mimpi buruk.

Mata meliar sekeliling biliknya. Hanya cahaya lampu tidur sahaja menerang. Dadanya bagai dipalu. Masih lagi berdegup laju mengepam darah. Bintik-bintik jernih peluhnya di dahi diseka perlahan.

Aku.. mimpi?

Mimpi buruk?

Hellena cuba memisahkan realiti dan alam mimpinya. Dilihatnya jam dinding. Pukul 2.45 pagi. Keluhan berat terlepas.

Wahai mimpi, dalam banyak-banyak masa, kenapa waktu-waktu macam ni jugak kau nak datang jenguk aku?

Lain kali mimpilah pukul 5 ke pukul 6 ke? Ini awal gedabak macam ni!

Macam mana aku nak tidur balik?

Hellena merengus kasar. Kalau dah terjaga awal-awal macam ni, memang terbanglah mengantuk aku naik ke langit.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now