Uncle Malik tersenyum nipis melihat Hellena memeluk lengannya erat dari tadi. Hellena bagai tidak mahu berenggang dengannya langsung. Mungkin gadis itu takut dia akan meninggalkannya lagi.
Tengoklah sekarang. Anak kecil yang dahulu dia tinggalkan kini sudah menjadi dewasa.
"Pak Ngah buat apa sekarang?" Soalan Hellena menyentakkan lamunannya yang jauh. Kembali ke dunia nyata.
Uncle Malik terkelip-kelip matanya melihat kepala Hellena yang melentok di tepi bahunya.
"Tengah tengok tv lah." Jawabnya mudah.
Kedengaran Hellena berdecit tak puas hati.
"Bukanlah. Maksud Lena, Pak Ngah kerja apa sekarang? What are you doing for living?" Ulang Hellena dengan wajah tak puas hati.
Terletus tawa Uncle Malik. Lahh, begitu ke. Ingatkan apa tadi.
"You curious?" Keningnya angkat sebelah.
"Of course. Mestilah Lena nak tahu apa Pak Ngah Lena ni buat sekarang." Balas Hellena.
"Pak Ngah jadi tentera. I'm a soldier." Jawab Uncle Malik. Terus membulat besar mata Hellena.
"Woahhh. Askar? Tentera? My uncle is a soldier! Jadi, orang-orang yang dekat luar tu orang bawahan Pak Ngah, lah ya? Diaorang pun tentera jugalah?" Teruja Hellena mendengar pekerjaan ayah saudaranya. Jelas sinar di mata hazelnya.
"Mana Lena tahu diaorang orang bawahan Pak Ngah?" Kening Uncle Malik sedikit bertaut.
Anak buahnya tak sampai sepuluh orang. Nak dibandingkan dengan anak buah Damien Karl memang jauh lebih banyak. Macam mana Hellena reti membezakannya?
"Ouh. Sebab nampak perbezaan diaorang dengan orang-orang Damien." Jawab Hellena.
"Apa beza dia?"
Hellena angkat kepalanya. Dia betulkan sedikit kedudukannya.
"Hmmm, tak ada beza pun sebenarnya. Tapi, sebab memang Lena kenal sorang-sorang muka orang Damien. So, sebab tu Lena tahu. Lagi pun dari kecil sampailah Lena besar, asyik tengok muka-muka beku diaorang itu je. Dah sebati dah pun." Terang Hellena. Rasa berkahak pula anak tekak ni nak sebut nama Damien.
Uncle Malik lama pandang wajah putih bersih itu. Dia tersenyum nipis.
"How's your life here? Macam mana tinggal dengan diaorang? Semua okay?" Uncle Malik mula menyoal tentang kehidupan anak saudaranya pula. Dia juga mahu tahu bagaimana kehidupan Hellena semasa ketiadaannya. Dan baru sekarang dia ada keberanian untuk bertanya.
Wajah manis dan teruja Hellena mula memudar dan berubah muram. Kepalanya pula kembali dilentokkan pada bahu tegap ayah saudaranya. Tunduk.
Diam seketika.
"Too much story to tell you." Kata suara Hellena perlahan.
"It's okay. I'm all ears. Ceritalah macam mana kehidupan Lena selama ni." Kepala Hellena diusap perlahan.
Hellena tersenyum tawar. Kemudian, dia mencari anak mata lelaki berusia itu. Dia ingin menceritakan segalanya. Tapi...
Tahukah lelaki itu tentang kisah gelap keluarga ini?
Uncle Malik yang melihat wajah mendung Hellena, hanya tersenyum nipis. Dia telan liur pahit.
"It's okay. Just tell me. I know they are D'Hell'Ra. And you are under D'Hell'Ra. Nothing to hide it all." Suara lembut Uncle Malik membuatkan mata hazel Hellena berkaca-kaca.
YOU ARE READING
AKIRA HELLENA: HIS ANGEL
Action'Loving you is a losing game.' Dendam yang ditanam olehnya sejak dulu kini menjadi bara api yang memakan tuannya sendiri. Entah di mana silapnya. Entah di mana salahnya. Dendam itu bertukar menjadi sayang dan cinta kepada gadis itu. Dia, TENGKU AIRI...