BANG! BANG!
Kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan secara rambang. Tetapi, sedikit pun tembakan yang dilepaskan tidak terkena pada gadis yang berani berdiri di tengah-tengah gudang itu.
Malah, dengan tenangnya gadis itu berdiri tidak berganjak setapak sekalipun. Tetapi, anak-anak buah D'Hell'Ra dan juga Syafiq sudah bersiaga mengacukan pistol masing-masing ke arah figura tegap itu.
Hellena ketawa kecil. Sarcastic. Lantas dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sinis memandang lelaki yang melepaskan tembakan sebentar tadi yang hanya beberapa meter sahaja jarak di antara mereka.
"Itu je? Itu je ke yang kau boleh buat? Just to provoke me? Hahahah kelakarlah kau ni." Sindir Hellena disertakan hilaian ketawanya.
"I saja je tak bagi tembakan I terkena buah jantung hati I ni... Yelah... Mana ada orang nak tembak their loving one, kan?" Giliran Zayyan pula mengilai. Bergema seluruh gudang milik D'Hell'Ra itu.
Sesekali dia menggaru kepalanya dengan pistol di tangannya. Seperti orang meroyan sudah gayanya.
Hellena tersenyum sinis dengan matanya yang tajam.
Their loving one, ehh... Okay, kita tengok apa jadi, sinis Hellena dalam hati.
Kemudian, dia membuka zip hoodie yang dipakainya. Menampakkan rantai leher yang berukiran 'H' terjuntai di leher Hellena yang putih silver.
Zayyan Ammar yang tadi mengilai terhenti apabila melihat rantai itu. Dia mengecilkan matanya bagi melihat dengan jelas ukiran rantai di leher Hellena.
'H? Rantai tu...Aku rasa macam pernah nampak...' desis hati Zayyan Ammar yang terpaku melihat rantai leher Hellena.
Kemudian, mukanya berkerut seribu. Seperti memaksa ingatannya mengimbas kembali kisah lalu.
Kemudian, dia berpaling melihat lelaki-lelaki di sekeliling Hellena satu per satu. Ada yang bertatoo 'H' di lengan. Ada yang bertatoo di belakang leher. Ada yang tepi bahu. Dan yang pasti kesemua mereka turut memakai rantai leher yang juga berukir huruf 'H'. Yang bezanya mereka berwarna hitam manakala rantai Hellena berwarna silver seperti sedikit istimewa.
"Syira! What's on your neck?! Is that necklace is yours?!" Jerit Zayyan Ammar yang sudah beriak ketakutan. Kini, barulah dia tersedar. Sedar dari 'mimpinya' selama ini.
Tiada balasan daripada Hellena selain hilaian ketawanya yang kedengaran di seluruh gudang. Lantas tangannya mengambil pistol yang diselit di bahagian belakang pinggangnya. Bermain-main dengan pistol itu di tangannya.
"Syira? Who's Syira?.." Hellena berkata dengan wajah psikonya.
"Remember us? No... I mean, remember me?" Soal Hellena seraya mengejek Zayyan Ammar dengan mengangkat keningnya sebelah.
BANG!
"ARGHHH!"
Dengan sekali tembakan, tepat sekali mengena bahu kanan Zayyan Ammar. Bunyi erangan Zayyan Ammar pula bergema yang sudah jatuh rebah menyembah bumi.
Hellena hanya beriak biasa. Seperti tiada apa berlaku.
"Zayyan Ammar.... Tak kan kau dah tak ingat aku? I'm not Syira. Kita pernah jumpalah sebelum ni..." Ujar Hellena dengan suara lembutnya. Lembut yang dibuat-buat.
"Aku ingat lepas habis seluruh keturunan keluarga kau yang bangsat tu meninggal, adalah jugak nak insafnya. Ini tak... Degil... Bodoh pulak tu... Kalau cerdik takpa lah jugak." Sinis Hellena. Kepalanya digelengkan perlahan disertakan senyuman sinis di bibir cantiknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/316339499-288-k132297.jpg)
YOU ARE READING
AKIRA HELLENA: HIS ANGEL
Боевик'Loving you is a losing game.' Dendam yang ditanam olehnya sejak dulu kini menjadi bara api yang memakan tuannya sendiri. Entah di mana silapnya. Entah di mana salahnya. Dendam itu bertukar menjadi sayang dan cinta kepada gadis itu. Dia, TENGKU AIRI...