~BAB 32~

60 9 0
                                    

"Thanks, Dhafwatul. Sudi temankan saya hari ni beli barang-barang semua ni.  Kalau tak ada awak, risau saya macam mana nak handle semua." Ucap Hellena dengan senyuman manis.

"Tak ada hal, Cik Hell. Saya pun bosan hari minggu macam ni duduk rumah. Ada baiknya saya teman Cik Hell beli barang-barang hantaran untuk majlis nikah nanti." Balas Dhafwatul lembut. Mereka berdua berjalan beriringan sambil tangan masing-masing penuh dengan barangan yang dibeli.

"Haihh. Tak sabar saya nak makan nasi minyak nanti. Kena pula dengan ayam masak merah. Sedapnyaaa!" Tambahnya teruja.

Hellena hanya terkekeh perlahan melihat gelagat pekerjanya itu. Sambil-sambil itu, matanya melilau ke kedai-kedai yang ada di mall itu. Melihat barang apa lagi yang perlu dibelinya untuk majlis pernikahannya dengan Tengku Airil Khalish.

"Tapikan, Cik Hell. Cepat betul ya hubungan Cik Hell dengan Ku Airil tu. Padahal tak sampai dua bulan dah nak ke jinjang pelamin. Itulah orang kata. Jodoh itu mudah je sebenarnya. Tak semestinya kena bertahun-tahun bertunang baru boleh kahwin. Hari ni jumpa minggu depan dah boleh kahwin." Celoteh Dhafwatul becok. Dia pun terfikir juga.

Mudah benar jodoh mereka berdua itu. Hanya disebabkan satu insiden kecil ketika mereka menjadi tender di majlis lelaki itu, terus ke arah hubungan yang lebih baik.

"Saya anggap ini semua ketentuan Allah. Walaupun saya menolak, kalau dah jodoh. Putar satu dunia pun tetap akan bersatu. Saya yakin menerima sebab saya dah buat solat istikharah minta petunjuk daripada Allah. Dan hati saya yakin dia adalah yang terbaik buat saya."

Dhafwatul tekun mendengar kata-kata majikannya itu.

"Dah kahwin ni bukan satu permainan, Dhaf. Awak akan duduk dan tinggal di sisi dia seumur hidup awak. Tak boleh tukar ganti sesuka hati. Bukan ibarat pakai baju. Dah lusuh buang. Boleh beli baru macam tu. Awak kena kekal selama-lamanya dengan suami pilihan awak. Sebab itu, pastikan awak pilih yang terbaik. Yang awak yakin boleh bimbing awak ke jalan benar." Panjang lebar ulasan Hellena yang berumpama nasihat kepada Dhafwatul.

"Tapi... Mak ayah saya. Kenapa diaorang tak kekal selama-lamanya?"

Hellena terngadah sebentar. Lupa pula dia akan kisah hidup gadis lepasan SPM itu. Tertelan liur dia.

"Adakah salah mak saya sebab tersalah pilih lelaki sebagai ketua keluarga? Atau salah ayah saya sebab tak mendidik mak saya tentang agama?" Pandangan penuh redup Dhafwatul menyentakkan Hellena.

Dia tahu bahawa kehidupan Dhafwatul tidak seindah yang dibayangkan. Gadis kecil yang polos. Tapi, hidupnya penuh luka dan lara.

She... lost it.

She lost them.

Hellena tarik nafas panjang sebelum bersuara.

"Tak ada siapa yang salah, Dhaf. Tak ada. Dan bukan juga salah awak. Cuma kita tak boleh lari dari takdir hidup kita yang Allah dah tentukan. Tapi, saya pernah belajar dulu. Bahawa takdir hidup kita boleh diubah dengan doa. Berdoalah. Hanya dengan doa semuanya boleh diubah mengikut kehendak kita. Tapi, ingat. Kita hanya boleh merancang tapi Allah sebaik-baik Perancang." Jawab Hellena tenang. Penuh makna sekali kata-katanya.

Nampak Dhafwatul hanya tersenyum tawar. Tangan megenggam erat.

Doa?

Doa. Doa. Dan doa!

Itulah yang selalu dia dengar.

"Saya selalu berdoa sesuatu yang mustahil berlaku dalam hidup saya. Adakah.. Allah akan tetap kabulkan doa-doa saya?" Soalnya lagi.

Hellena hela nafas berat.

"Saya pun tak tahu. Tapi, apa yang saya tahu. Allah itu Maha Mendengar. Maha Mengasihani. Maha Berkuasa. Mungkin hari ini dia bagi kita ujian yang berat, seberat batu yang besar kepada kita. Tapi, esok lusa mungkin dia akan bagi ganjaran yang tak pernah terlintas di fikiran kita. Yang pernah kita minta. Itulah Allah. Tuhan Yang Maha Penyayang."

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now