~BAB 28~

86 9 1
                                    

"Gosh! What's happened here? Ribut taufan ke apa ni?!" Jerit seorang wanita yang baru tiba di dalam ballroom T.K Grand Hotel dengan suara yang meninggi sehingga seluruh orang di situ menoleh ke arahnya.

Wanita itu yang memakai sut kerjanya berwarna serba nude disertakan dengan blazer hitam kelihatan terkejut dengan keadaan di dalam ballroom milik syarikat yang dia bekerja. Dia yang baru tiba terlopong luas. Keadaan sungguh bersepah. Matanya terus terfokus ke arah satu tempat.

Oh my!

That White Matte ' L vase!

"What?!" Terbuntang matanya melihat pasu yang harganya mencecah ribuan ringgit itu mencium lantai. Turun naik dadanya dengan nafas tidak teratur.

"Hey, you! You boss tender ni, kan?" Wanita yang bernama Zuleen itu memanggil Hellena dengan nada yang kuat. Wajahnya tegang menunggu Hellena menghampirinya sambil bercekak pinggang.

Hellena kalih ke arah suara yang seperti dituju kepadanya.

"Ya, saya. Ada apa, ya?" Soal Hellena lembut. Bibir tersenyum nipis meskipun wanita di hadapannya itu mencuka air mukanya.

"Ada apa you cakap?! You boleh tanya I? Ini kenapa bersepah semua ni?! You buat kerja ke you berperang dalam hotel ni?!" Selar Zuleen sebagai ketua di situ kasar.

Hellena mengeluh kecil. Sempat mata melirik ke arah name tag wanita itu. Zuleen.

Okay.

Relax!

"Saya minta maaf, Cik Zuleen. Tadi ada kemalangan kecil berlaku. Itu yang bersepah ni. Lagi pun anak-anak buah saya tengah buat kerja sekarang. Memang berseleraklah sikit jadinya. Nanti sebelum balik, saya akan pastikan semuanya bersih seperti asal." Tenang saja tutur bicara Hellena.

"I dengar you ada pecahkan barang dalam ni. I dengar dengan jelas dekat luar macam ada barang pecah tadi. Tell me what's that!" Ujar Zuleen mengendahkan saja permohonan maaf Hellena.

Hellena diam sesaat. Dia kemam bibir.

"Err.. because of the small incident, pasu hiasan dalam ni pecah. But it's okay! I will pay it. Don't worry. Just tell me the bill, I pay it." Ujar Hellena. Laju saja dia kata mahu membayar ganti rugi pasu hiasan yang telah pecah itu.

Namun, Zuleen tergelak sinis.

"You dah rosakkan barang orang and then senang-senang macam tu je you nak ganti balik? Hey! Kalau I rosakkan barang-barang you, you marah, tak?! Apa you ingat semua boleh settle dengan duit, ke?" Marahnya kepada Hellena.

"Lagi pun, I tak rasa you boleh bayar baliklah harga pasu tu. You know what? Harga dia cecah ribu tau, bukannya ratus. And kalau you nak ganti balik beli pasu baru, I rasa you lagilah tak mampu sebab that vase limited edition punya! Mana you nak cari pasu yang sama macam tu?!"

"Bos I tak suka beli barang-barang local. Dia suka beli barang dari overseas punya. Kalau you tak dapat ganti pasu limited ni, at least you should buy another limited edition vase dekat London sana!" Wajah Zuleen memandang jengkel. Habis-habisan dia sembur Hellena sehingga mereka berdua menjadi perhatian umum semua pekerja di situ.

Hellena mati kata. Dalam hati dia sudah istighfar panjang. Cuba dipupuk kesabaran yang hanya setipis kulit bawang itu.

"Saya minta maaf, Cik Zuleen. Saya minta maaf sangat-sangat kecuaian bagi pihak saya. Semuanya luar jangkaan kami..." Tanpa sempat Hellena menghabiskan ayatnya, Zuleen memotong kata-katanya.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now