~BAB 17~

49 10 0
                                    

Pagi yang cerah dengan sinar mentari menyinari suasana pada pagi itu. Bunyi kicauan burung-burung berserta bunyi deruan kenderaan sibuk di jalan raya sudah menjadi kebiasaan bagi penghuni bumi.

Kelihatan sebuah kereta Toyota Vellfire hitam berhenti di hadapan sebuah bengkel kecil yang terletak agak jauh dari bandar biasa. Tiga orang lelaki keluar dari kereta perut mewah itu dengan berpakaian serba hitam.

Dua orang berpakaian bersut hitam dan semestinya berbadan sasa. Manakala seorang lagi hanya mengenakan hoodie hitam dan seluar jeans black berserta cap hitam.

Tetapi, auranya lebih menakutkan berbanding dua orang yang bersut itu. Ketinggiannya lebih tinggi dan badannya lebih sasa dan tegap. Penutup cap ditunduk sedikit bagi menyembunyikan wajahnya.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam bengkel itu. Sempat mereka berhenti seketika di sisi kereta mewah yang tersadar di bawah garaj bengkel itu dengan mengerling sekilas.

Seorang lelaki muda yang berusia lingkungan 20-an merapati mereka bertiga. Perlahan-lahan sahaja langkahnya.

"Ya, encik? Selamat pagi. Ada apa, ya? Encik nak baiki kereta ke?" Lelaki itu bersapa ramah. Pekerja di situ.

Namun, tidak buat tiga jejaka misteri itu. Muka mereka hanya beriak kosong.

"Morning. I come to take that luxury car. Can I get the key?" Jejaka berhoodie hitam yang tinggi lampai itu bersuara senada bagi pihaknya.

Tangan naik menunjuk ke arah kereta Audi R8 berwarna putih di luar. Hanya kereta itu sahaja yang mewah di kalangan kereta yang ada di bengkel itu.

Lelaki muda itu melihat dengan mata bulatnya ke arah dituju. Dia kurang fasih berbahasa Inggeris. Tetapi, dia dapat mengagak apa yang dikatakan oleh jejaka di hadapannya ini.

Ouhh.. that car.

"Sekejap ya, encik. Saya panggil bos saya." Ujar lelaki muda itu sebelum masuk ke dalam mencari majikannya.

"Bos! Ada orang datang nak ambil kereta warna putih tu. Diaorang ada kat depan sana." Panggil lelaki muda itu, Aliff namanya.

Jep menoleh. Dahinya berkerut.

Kereta putih?

Tanpa menyoal, Jep menuju ke arah depan bengkelnya. Sudah tentu ada tiga orang lelaki yang tidak dikenalinya berdiri tegak sambil mata mereka memandang segenap ruang bengkel miliknya.

"Ya, encik. Ada apa boleh saya bantu?" Jep tersenyum.

"I want to take that car. I don't care if you have fixed it or not. I still want to take back the car. If you had fixed it, tell me how much the cost. I will pay." Suara maskulin lelaki berhoodie hitam itu menaikkan bulu roma Jep.

Uishhh..

Seram!

Jep memandang lelaki itu atas bawah.

Macam pembunuh bersiri dah aku tengok dia ni.

Dia telan liur sebelum menarik senyuman nipis.

"Tapi, setahu saya. Owner kereta ni perempuan. Betul ke encik ini nak ambil kereta ini?" Penuh berhati-hati Jep menyusun ayat.

Yelah, zaman sekarang ni. Macam-macam orang boleh buat kalau nak mencuri. Cakap kat owner bengkel nak ambil kereta itu ini. Last-last, bila owner sebenar kereta datang nak ambil, keretanya lesap entah ke mana.

So, tak salah kalau si Jep ni berhati-hati daripada kena ganti rugi.
Tak ke naya!

"Don't worry. I'm the real owner of this car." Kata lelaki itu lagi. Kali ini, suaranya lebih garau. Dengan air mukanya yang dingin.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now