~BAB 30~

82 7 4
                                    

Hellena mengemaskan meja kerjanya. Tangan menyusun semula setiap helaian kertas yang terlakar hasil lakarannya. Waktu sudah menginjak senja. Masa untuk dia pulang.

Bunyi ketukan pintu membuatkan kepalanya pantas mendongak. Pintu dikuak dari luar seraya muncul Dhafwatul yang sedang menjinjing tote bagnya.

"Ya, Dhafwatul. Ada apa?" Hellena bertanya lembut. Mata mengerling pekerjanya yang hanya berdiri di muka pintu.

Dhafwatul gigit hujung bibirnya sebelum bersuara.

"Ada orang nak jumpa, cik. Dia kata dia kenal cik. Orang tu tengah tunggu dekat depan." Kata Dhafwatul dengan wajah polosnya.

Lantas dahi Hellena berkerut halus. Pelik.

Ada orang nak jumpa aku? Siapa?

Fayyadh ke?

Kalau Fayyadh, mesti Dhafwatul kenal sebab lelaki itu memang selalu datang jenguknya di sini.

Hellena berteka-teki sendiri dalam hati.

Setelah selesai mengemas meja, dengan langkah yang berat Hellena berjalan ke depan butiknya. Dalam langkahnya, fikirannya tidak henti meneka siapa gerangan yang datang itu. Langkahnya dihala ke ruang menunggu yang terletak satu set sofa moden di suatu sudut di dalam butiknya.

Tiba saja di situ, terus mengeras badan Hellena. Mata disapa dengan sosok tubuh lelaki yang amat dikenalinya. Lelaki itu sedang duduk di salah satu sofa yang disediakan sambil menyilang kakinya.

Tengku Airil Khalish.

Gayanya seperti baru pulang kerja. Masih berkemeja. Tetapi, tali leher dan kotnya sudah tiada. Tetapi tetap handsome di matanya.

"Khalish?" Teka Hellena perlahan.

Lelaki itu yang sedang membaca sebuah majalah, menoleh ke arah suara lunak yang menyeru namanya. Sontak senyuman manis terukir.

"Hi!" Sapa Tengku Airil Khalish. Ceria sahaja gayanya.

"What are you doing here?" Soal Hellena hairan. Keningnya bertaut rapat.

Rasanya urusan dia dengan lelaki itu sudah selesai empat hari yang lalu. Majlis lelaki itu yang diadakan di dewan hotel miliknya pun berjalan dengan lancar sekali. Urusan pembayaran pun sudah selesai.

Ada apa lagi dia mahu?

"Saja. Nak jumpa awak. Awak free sekarang?" Tengku Airil Khalish menjongket keningnya tinggi.

"Hah?" Manakala Hellena pula bingung.

Tiba-tiba tanya aku free ke tak. Aku mahal okay!

Tak ada barang dalam dunia ni freeee!

Tengku Airil Khalish ketawa kecil melihat wajah yang kelihatan blurr itu. Dia bingkas berdiri lalu menapak selangkah mendekati Hellena dengan bergaya.

"Saya nampak notice board dekat depan tu tulis yang butik awak tutup pukul 5.30 petang. Sekarang dah pukul 5.17 petang. Tinggal beberapa minit je lagi nak tutup. Kalau awak free, saya nak ajak awak keluar!" Jelasnya dengan mata bersinar-sinar.

Makin bertambah kerutan di dahi bersih Hellena.

Dia ajak aku?

Keluar?

Berdua?

But, why?

"Boleh tak?" Tengku Airil Khalish bertanya lagi sambil melihat wajah ragu-ragu gadis jelita itu.

Hellena gigit hujung bibirnya perlahan. Dengan teragak-agak, kepalanya angguk bersama senyuman nipis. Setuju.

"Kita nak pergi mana?" Soalnya ringkas bersama kening terjongket.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now