~BAB 26~

75 8 0
                                    

'Bangun!'

'Get up and keep fight!'

'Sampai bila kau nak jadi lemah macam ni?! Sampai bila?! Sampai ada orang nak pancung kepala kau baru kau nak bangun?!'

'Bangun!'

"Allah!" Jerit Hellena kuat yang tersentak dari tidurnya.

Dengan keadaan yang terkejut, dia bangun mendadak dari baringan tidurnya. Nafasnya menderu kencang. Jantungnya berdegup laju seakan baru menamatkan larian. Dia mengamati suasana yang menyapa pandangan matanya. Kiri kanan.

Perlahan-lahan bahunya mengendur yang tadi tegang saja setelah mengecam di mana dia berada. Dia cuba mengatur nafas. Setelah nafasnya normal, dia mengeluh kesal.

Suara itu.

Dalam mimpinya tadi.

Seakan-akan benar sekali. Seperti benar-benar dia alaminya sekali lagi. Manik-manik peluh yang merinik pada dahi bersihnya dikesat kasar.

Hari kian senja dan malam menanti tiba. Lepas menunaikan solat Asar tadi, dia terlelap sebentar. Tidak sangka dia akan terlena sampai pukul 6. Dan mungkin sebab itu dia bermimpi buruk tadi.

Itulah padahnya bila suka tidur selepas waktu Asar.

Perlahan-lahan dia menyelak selimut tebal yang digunakan untuk menutup badannya tadi ke tepi. Kaki menapak ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

Setelah siap, dia mengenakan tudung sarung dan sehelai kardigan kelabu sebelum turun ke bawah. Rasanya Fayyadh belum balik lagi.

Dia meregangkan badannya seminit.

Uhh!

Dah lama dia tak work out. Habis sengal-sengal badannya. Tapi, pagi tadi sempat dia buat push up 20 kali dan sit-ups 30 kali. Niat nak jogging je. Tapi, tiba-tiba dia malas pula. Jadi, bersenam dalam bilik ini pun jadilah.

Dia melangkah turun ke bawah. Dalam masa yang sama, telefonnya bergetar sesaat di dalam poket kecil kardigannya. Lantas tangannya menyeluk mengambilnya.

Ada satu mesej yang masuk dari nombor yang dia sendiri sengaja tidak menyimpannya di dalam kenalan. Dibuka pesanan itu.

'We've got it, Hell.'

'What should we do?'

Serta-merta dia mengulum senyum sinis. Sangat sinis. Pantas jari-jemarinya menaip pesanan ringkas lalu menghantarnya kepada manusia misteri itu.

Telefonnya kembali disimpan dalam poketnya. Dia tersenyum puas dan jahat. Terus dia melangkah ke ruang tamu rumah milik Fayyadh Dazrin.

Tepat sangkaannya, lelaki itu masih lagi belum pulang ke rumah satunya lagi. Kelihatan Fayyadh fokus pada skrin laptopnya di sofa ruang tamu yang luas itu tanpa sedar akan kehadirannya.

"Fayyadh." Panggilnya lembut.

Sontak lelaki itu mendongak kepala ke arah suara lunak yang memanggilnya. Keningnya diangkat sebelah mengisyaratkan kenapa. Hellena mengambil tempat di sofa tunggal bersebelahan dengan kedudukan kawannya.

"Kau buat apa tu?"

Fayyadh tersenyum nipis. Seraya kembali menyambung melihat skrin laptopnya yang memaparkan kerja yang satu habuk pun Hellena faham.

"Aku buat kerja sikit. Ada kerja kena buat." Jawabnya ringkas.

Hellena mengangguk kepalanya.

Telinganya menangkap bunyi di dapur. Mungkin Mak Uteh sedang memasak makan malam untuk mereka bertiga. Sebentar nanti, dia tolonglah.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now