"Balik... Sekarang!"
Keras suara di hujung talian mengarahnya. Belum sempat Hellena bertanya mengapa, talian panggilan sudah terputus.
TING!
TING!
Tiba-tiba, beberapa notifikasi telefon masuk. Dengan pantas, Hellena membukanya. Berderau darah Hellena melihat gambar-gambar yang baru sahaja dihantar oleh Alvin.
Tanpa membuang masa, terus dia menuju ke bilik air bagi membersihkan diri. Kain tuala dicapainya.
*****
Najwa hanya melihat sahaja Hellena mengemas barang-barangnya. Lincah sahaja pergerakannya. Zip beg pakaian ditutupnya setelah selesai berkemas.
"Serius lah kau dah nak balik?" Natasha menyoal.
"Haah." Jawab Hellena sepatah. Matanya masih tertumpu pada beg pakaian sambil melihat jika ada yang tertinggal.
"Nanti bodyguard aku sampai. Dia dah bertolak sebelum abang aku call aku lagi." Tambah Hellena lagi.
"Baru nak pergi jalan-jalan pusing satu Cameron ni, dah tak boleh." Rungut Najwa lemah. Sayu hatinya tak dapat meluangkan masa bersama Hellena.
"Sorry. Ada emergency. Next time jelah ehh kita datang sini lagi. Alahhh, bukan jauh pun. Still lagi dalam Malaysia." Pujuk Hellena dengan tawa kecilnya.
Najwa diam. Masam sudah mukanya.
TING!
Hellena membuka telefon. Ada satu notifikasi masuk.
"Okay lah korang. Aku turun dulu. Bodyguard aku dah sampai kat bawah." Terus Hellena mencapai beg pakaiannya.
"Nak kitaorang teman kan, tak?" Natasha menyoal. Prihatin.
"Tak payah!" Laung Hellena dengan senyuman sebelum menutup pintu. Hellena melangkah laju ingin menuju ke pintu lift. Tiba-tiba, seseorang menyapanya.
"Ehh, Kira!" Panggil seseorang dari belakang. Hellena menoleh.
Fayyadh dan Ayyash.
"Awal korang bangun?" Ujar Hellena perlahan. Dia melihat jam tangannya. Pukul 8 pagi.
Soalan Hellena tidak dihiraukan. Pantas Ayyash mengajukan soalan apabila melihat sahabatnya ini membawa beg pakaian miliknya bersama.
"Kau nak pergi mana?"
"Nak balik KL. Abang aku call. Ada emergency." Jawab Hellena. Terus bercantum kening Ayyash.
"Emergency?! So, tak jadi lah nak sambung holiday ni?" Soal Ayyash sedikit terkejut.
Hellena hanya mengangguk. Hanya mampu tersenyum sahaja apabila dua-dua sahabatnya ini menayangkan wajah pasrah.
Agak sedih juga melihat reaksi masing-masing yang hampa apabila dia ingin pulang sewaktu sedang bercuti. Tapi, apakan daya.
"Ehh.. errr.. dah lah. Ak.. aku gerak dulu. Bye.. take care semua!" Kata Hellena lalu memboloskan diri ke dalam lift. Dia mahu beredar dengan cepat. Tidak mahu menjawab soalan yang bakal muncul baginya nanti.
Baik aku lari!
Ayyash yang baru sahaja ingin melanjutkan soalannya, terhenti apabila Hellena sudah hilang daripada pandangannya.
"Emergency?" Fayyadh menyoal perlahan. Seperti berbisik. Pelik.
"Ada orang ambik dia ke?" Soal Fayyadh setelah lama mereka berdiam diri. Ayyash mengangkat bahu tanda tidak pasti.

YOU ARE READING
AKIRA HELLENA: HIS ANGEL
Action'Loving you is a losing game.' Dendam yang ditanam olehnya sejak dulu kini menjadi bara api yang memakan tuannya sendiri. Entah di mana silapnya. Entah di mana salahnya. Dendam itu bertukar menjadi sayang dan cinta kepada gadis itu. Dia, TENGKU AIRI...