Hellena memakir kereta Volkswagen Arteon milik Damien Karl di bawah garaj. Dia meminjam kereta lelaki itu untuk ke mana-mana sementara memandangkan keretanya berada di bengkel.
Hellena keluar dari perut kereta. Punat merah ditekan mengunci kereta canggih itu. Lantas, kakinya menapak masuk ke dalam rumah.
Sedikit hairan dibuatnya melihat ramai kereta anak buahnya di luar. Sah! Pasti ada sesuatu terjadi.
Tiba-tiba, jantungnya bagai dipalu. Berdetak laju. Dia berasa berdebar-debar. Degupan jantungnya begitu laju sehingga tangannya terasa sejuk serta-merta.
Kenapa ni?
Ada apa-apa akan berlaku ke?
Hellena termagu di depan pintu. Nafas ditarik panjang. Cuba menyalurkan oksigen ke dalam badan. Mencari kekuatan. Lalu dihembus perlahan. Kaki mula melangkah masuk melepasi pintu.
Tiba di ruang tamu, semua mata menghalangnya. Kaku. Sepi. Dia melihat ramai orang-orang Damien Karl di situ. Dalam ramai-ramai orang di situ, matanya tertancap pada anak amber yang merenung tajam badinya di penjuru ruang tamu. Semua memfokus ke arahnya.
Gulp!
Why?
Ada apa-apa ke kat muka aku?
Rasa macam nak raba-raba je muka aku. Takut ada taik cicak ke?
"Where have you been going?" Suara garau itu memecah kesunyian antara kedinginan tadi.
Errr...
"Nothing. Just having fun with my friend." Jawab Hellena. Jujur.
"Who? Fayyadh Dazrin?" Hellena terkesima mendengar soalan ringkas itu. Kepala diangguk jua mengiakan tekaan itu. Baik jujur daripada bawa padah.
"Stay away from him. Can you? No, I mean. You should stay away from him starting now. No excuses." Tegas. Bagai satu arahan suara itu dituju kepadanya.
Dahi Hellena berkerut sedikit.
"Why?"
"No excuses." Damien Karl menekan suaranya. Bagai mengulang ayatnya tadi.
Hellena terdiam. Bisu. Dia tidak suka suasana begini. Dingin. Terlalu dingin. Dapat dirasakan kedinginannya.
"All of you get out and get ready. Syafiq, Edric, Alvin and Kyle. Four of you stay here." Arah Damien kepada anak buahnya. Mata masih lagi tajam menikam tunak mata Hellena.
Dari situ, Hellena dapat mengagak sesuatu. Pasti ada yang tak kena. Adakah berkaitan dengan dirinya?
Sesekali dia mengerling ke arah empat jejaka yang duduk di set sofa itu. Masing-masing dengan wajah sukar ditafsir.
Calm.
But scary.
Selepas semua keluar, tinggal mereka berenam di ruang tamu. Yang lain tunggu di luar.
"You get new job. Tonight." Ujar Damien. Envelope berwarna coklat dilempar ke atas meja kaca.
Hellena diam. Kaku. Dipandang lama envelope itu. Seketika bibirnya bergetar.
'Tak nak.'
'Aku dah tak nak buat kerja ni lagi.'
Fikiran dan hatinya berkata sama. Dia termangu sendirian tanpa sedar Damien Karl memerhatikannya yang berdiri kaku itu. Langsung tak terkutik.
"What are you waiting for? Open this file and look it carefully. I want you to finish this job tonight. Don't worry. They will help you." Kata Damien lagi. Mata mengarah ke empat jejaka itu.
YOU ARE READING
AKIRA HELLENA: HIS ANGEL
Action'Loving you is a losing game.' Dendam yang ditanam olehnya sejak dulu kini menjadi bara api yang memakan tuannya sendiri. Entah di mana silapnya. Entah di mana salahnya. Dendam itu bertukar menjadi sayang dan cinta kepada gadis itu. Dia, TENGKU AIRI...