~BAB 13~

77 9 0
                                    

Kaki panjang Damien bergerak laju di atas treadmill. Sudah hampir 1 jam kaki panjangnya berlari di atas treadmill itu di dalam bilik senaman.

Dia sudah discharge dari hospital 2 hari lepas. Disebabkan luka-lukanya, dia terpaksa berehat sementara waktu. Dan baru hari ini dia memulakan senamannya semula bagi memulakan otot-ototnya kembali berfungsi. Tetapi, belum menjejakkan kaki ke pejabat gahnya.

"Why are you calling me?" Sapa suara lunak dari belakang. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi senaman berangkai dua yang ada.

Akira Hellena.

Damien Karl hanya menjeling sekilas. Perlahan-lahan kaki panjangnya mula berhenti berlari. Beberapa button di treadmill itu ditekannya sebelum treadmill itu perlahan-lahan terhenti.

Lantas, dia turun dan menapak ke arah gadis itu bersama tuala kecil untuk mengelap peluh. Tangan kanan mencapai sebotol air sebelum air itu diteguk rakus sekali. Seusai minum, dia mencapak botol itu ke tepi. Hellena hanya memerhati tingkah Damien.

"Yesterday... What's happen to you?" Soal Damien perlahan memulakan perbualan. Tetapi, perlahan yang penuh bermakna.

Dia merapati meja panjang yang tersedia di tepi tingkap. Meja itu penuh dengan perkakas dan senjata serba hitam di atasnya. Badannya membelakangi Hellena.

Manakala Hellena bingung mendengar soalan Damien. Terangkat keningnya.

Soalan apa yang dia tanya pagi-pagi ni?

"Answer me." Ujar Damien lagi apabila tiada jawapan daripada soalannya. Tangan mencapai glock di atas meja sebelum ditiliknya senjata merbahaya yang dipegangnya.

Hellena telan liur.

Sah! Mesti ada yang dia tak puas hati.

Apa pulak kali ni? Salah apa pulak aku buat semalam?

Rasa menyesal pula duduk tadi. Sebab nak bangun macam nampak sangat nak lari.

Huwaaa!!!

"Wha.. what do you mean? What just did I do?" Soal Hellena memberanikan diri. Soalan dibalas soalan. Matanya tidak lekang memerhati tingkah laku penuh  misteri Damien.

Seram.

Dan paling tidak tahan, tangan Damien mencapai combat knife pula yang tajam bak mata pedang. Glock tadi sudah diletaknya di tempat asal. Hujung jari telunjuk naik menyentuh hujung mata bilah pisau itu perlahan.

Kenapa dengan dia ni?

Kemudian, telinga Hellena menangkap satu tawa kecil. Seperti menyinisnya.

Yeah, it's Damien's sarcastic laugh.

Damien memusing tubuh. Dingin dan beku wajahnya memandang tepat anak mata hazel milik Hellena.

"What did you do?" Damien mengajuk percakapan Hellena. Tapi, sarkastik nadanya berserta suara maskulinnya.

"Kenapa kau berhenti nak bunuh diaorang semalam? Why did you do that? Why you stop it?" Suaranya berubah keras. Wajah Damien pula mula tegang. Bertalu-talu soalan diajukannya tak ubah seperti peluru.

Hellena bisu. Tidak tahu mahu menjawab atau membiarkan sahaja pertanyaan itu tergantung sepi. Dia tahu maksud soalan itu. Tentang tugasnya semalam. Dia meninggalkan kerjanya selesai hanya separuh jalan.

Melihat tiada tanda-tanda Hellena ingin menjawab, Damien memusingkan tubuhnya. Kemudian...

ZAPP!!!

Combat knife yang tajam di tangannya sudah terpacak tepat di sebelah Hellena mengena kerusi.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now