Bunyi sudu dan garfu berlaga memenuhi segenap ruang makan di villa itu. Dan bunyi tersebut telah menarik perhatiannya. Pantas kaki mengorak ke ruang makan. Senyuman nipis dibibirnya apabila melihat 'si dia' sedang menikmati santapan pertamanya.
"Woi! Aku ada berita baik untuk kau hari ni." Kyle datang menyergah 'si dia'.
Masih ingat Kyle dan 'si dia' pada permulaan cerita?
'Si dia' hanya mengerling sekilas. Disuapnya nasi goreng ke dalam mulutnya. Kehadiran Kyle tidak diendahnya. Kyle menarik kerusi sebelum melabuhkan punggung.
"Kau nak dengar, tak?" Soal Kyle dengan nada mengusik apabila melihatv'si dia' tidak merespon.
Amboii, hari tu bukan main boss bagai. Hari ber 'kau' 'aku' sudah, ya...
Hmmm memanglah kerana 'si dia' juga merangkap sahabatnya.
"Ehh, tak nak pun... Kau pergi jelah bercerita 'berita baik' kau tu dekat tukang kebun rumah aku. Dia ada je kat belakang tengah buat kerja." Perli Tengku Airil Khalish. Perli tambah bergurau.
Tapi, muka tetap serius. Kyle membuat muka. Serius betul kawan aku ini...
"Alaaa, relax arrr. Berita ini gila gempak kali ni." Dengan selambanya, Kyle menyedok nasi goreng ke dalam pinggannya lalu disuapnya nasi itu.
Tengku Airil Khalish?
Ya!
Dia adalah 'si dia' selama ini. Berasal daripada keluarga yang ternama di Malaysia. Tengku Khamil, ayahnya merupakan antara salah satu jutawan yang berjaya di Malaysia. Juga terkenal di Indonesia, Brunei dan Singapura.
Tengku Airil Khalish atau Airil Khalish berusia 29 tahun dan anak tunggal lelaki dalam keluarganya. Berperwatakan dingin dan serius. Jarang sekali ingin melihat dirinya tersenyum. Pada masa yang sama, kehidupannya juga penuh dengan misteri dan agenda.
Airil Khalish memandang dingin Kyle di hadapannya. Suapan demi suapan dimasukkan ke dalam mulut Kyle. Laju sekali lelaki itu menjamu.
"Kau ni... Nak bercerita ke... Nak melahap sekarang ni?" Panas pula Airil Khalish.
Kyle hanya tersengeh kucing. Cawan yang berisi air kopi dihirupnya perlahan. Dia membetulkan kedudukannya.
"Tentang perempuan yang kau cari selama ni, apa nama dia? Tak ingat dah aku...
Kau nak tahu apa kaitan dia dengan D'Hell'Ra?" Kyle berhenti sebentar. Saja. Nak bagi suspen sikit sebelum menyambung.
"She's the adopted daughter in D'Hell'Ra. Aku tak tahu kenapa dia boleh diambil jadi anak angkat dalam keluarga tu.
Tapi apa yang penting sekarang ni, kau still nak teruskan plan kau? D'Hell'Ra kut... Semua kumpulan mafia tahu agensi diaorang... Kejam. There is no mercy..." Terang Kyle. Hujung ayatnya perlahan. Dia risau akan sahabatnya ini.
Namun, jauh sekali sangkaan Kyle. Airil Khalish hanya beriak biasa dan seperti tidak kisah tentang apa yang dibicaranya tadi.
"So?" Tercengang Kyle mendengar soalan ringkas yang keluar dari mulut Airil Khalish.
"Sebab dia ada dalam D'Hell'Ra, aku kene lepaskan dia? Macam tu? Huh, nonsense!" Sinis sekali kedengaran. Airil Khalish tergelak sinis.
"Aku takkan lepaskan dia. Tak akan! Dia kena rasa apa yang aku rasa. Janji tetap janji. Dendam tetap dendam." Ujarnya lagi dengan suara garaunya. Seram. Sudu ditangan digenggam erat sehingga bengkok jadinya.
Kyle hanya menarik nafas dalam. Ya. Dia tahu bahawa dirinya tidak dapat menghentikan segala misi Airil Khalish. Tetapi, dia akan sentiasa cuba menasihati satu-satunya sahabat sehidup sematinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/316339499-288-k132297.jpg)
YOU ARE READING
AKIRA HELLENA: HIS ANGEL
Acción'Loving you is a losing game.' Dendam yang ditanam olehnya sejak dulu kini menjadi bara api yang memakan tuannya sendiri. Entah di mana silapnya. Entah di mana salahnya. Dendam itu bertukar menjadi sayang dan cinta kepada gadis itu. Dia, TENGKU AIRI...