~BAB 2~

104 12 0
                                    

Akira Hellena mengeringkan rambutnya yang basah. Dia baru sahaja selesai mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 8.30 malam. Tanpa membuang masa, kakinya menuju ke wardrobe nya. 

TUK! TUK!

"Masuk!" Sahut Hellena apabila mendengar ketukan pintu. Terus dia menyarungkan baju tidur satin yang berwarna dark blue. Kelihatan Mak Jah menjengul kepala di sebalik pintu.

"Ada apa Mak Jah?" Tanya Hellena tanpa melihat Mak Jah yang berada di pintu.

Kakinya melangkah menuju ke arah meja soleknya. Botol lotion badan diambilnya.

"Tuan Damien panggil Cik Hellena. Tuan suruh cik turun sekarang." Jawab Mak Jah.

Hellena mengangguk faham. 

"Okay, nanti saya turun." Balas Hellena. Dia memberi isyarat kepada Mak Jah untuk keluar terlebih dahulu. Lalu terus Mak Jah keluar dari biliknya.

*****

Laju kaki Hellena menurun anak tangga di rumah agam yang sunyi itu. Matanya melilau mencari Damien. Di ruang tamu tiada. Di sofa tiada. Di dapur tiada.

Aik?!

Kat mana pulak dia niii.. rengus Hellena.

Tiba-tiba, Hellena melihat Mak Jah bersama pembantu-pembantu rumah yang lain sedang berada di halaman luar rumah melalui pintu sliding door yang besar. Kelihatan juga beberapa lelaki berpakaian serba hitam turut berada di situ. Hellena bingung sebentar.

"Ada majlis ke hari ni?" Soal Hellena perlahan. Terus dia melangkah menuju ke arah mereka.

Suasana pada malam itu sungguh nyaman sekali. Kolam renang yang keluasan sederhana itu menambah kenyamanan di situ. Langit pula memancarkan cahaya bulan dan bintang yang berkelip. Sesekali tiupan angin menyentuh lembut badan Hellena.

 Setiba di tepi kolam, Hellena menapak ke arah meja makan yang memuatkan 5 orang. Kerusi ditarik lalu melabuhkan punggungnya. Terdapat beberapa hidangan makanan yang telah terhidang di atas meja yang mampu membuatkan perut Hellena berkeroncong berbunyi meminta diisi.

Sesekali dia melirik ke arah Damien yang sedang berbual di telefon di penjuru kolam. Hampir 5 minit juga dia menunggu. Akibat bosan, Hellena mencapai garfu yang tersedia. Dia melagakan garfu tersebut dengan gelas kaca beberapa kali. Terhasil bunyi dentingan di situ.

TING!

TING!

TING!

Damien Karl yang sedang ralit berbual dengan seseorang di panggilan, menoleh sekilas ke arah bunyi yang mengganggu bicaranya. Dari jauh, dapat dilihat Hellena yang sudah turun.

Setelah menamatkan panggilan, Damien menuju ke arah Hellena yang sudah menongkat dagu sambil membuat muka tidak beriak.

Marah lerr tu...

"Sorry, someone interrupt our dinner. Let's eat." Ujar Damien setelah melabuhkan punggung di kerusi.

Hellena yang sedari tadi memandang pelik wajah Damien.

"Kenapa dengan kau ni? Siap makan dekat luar bagai. Ada orang lain nak datang ke?" Soal Hellena ragu.

Air susu dalam gelas diteguk sedikit. Dia gemar meminum susu. Sehingga setiap kali makan, Damien akan mengarahkan pembantu rumahnya menyediakan segelas air susu yang dingin untuk Hellena.
  
"Tak ada. Saja nak makan dekat sini. Tepi kolam, ada langit, ada bintang, ada bulan. Ada angin sikit-sikit," jawab Damien selamba sambil mula mengunyah makanan dari suapan pertama.
  
Hellena yang mendengar jawapan dari Damien Karl mula membuat muka toya. Jawapan tu.. bikin sakit hati!
  
"Kau nak cakap pasal apa dengan aku?" Hellena bersuara mendatar. Dia tahu pasti ada sesuatu lelaki ini memanggilnya.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now