~BAB 14~

51 10 0
                                    

Akira Hellena berdiri tegak sambil memandang rumah agam yang terbina gah di hadapannya. Rumah milik Damien Karl. Redup matanya memandang rumah itu. Lama kakinya berdiri di situ.

Kemudian, perlahan-lahan kepalanya mendongak ke atas. Memandang langit yang mendung itu. Bahkan langit pun mendung seperti menggambarkan perasaannya ketika ini.

Cuaca ketika itu tidaklah panas terik seperti selalu dan langit pula semakin lama semakin mendung. Awan hitam mula kelihatan. Matahari pula mula terlindung disebalik awan yang tebal itu. Petanda hujan akan turun membasahi bumi.

'Aku nak berhenti.'

Tapi...

Tiba-tiba, Hellena teringat akan mesej yang baru dibaca selepas dia pulang menemui Fayyadh. Mesej itu memberitahu bahawa malam ini mereka mengadakan satu perjumpaan. Mungkin ada satu misi baru.

Satu keluhan berat dilepaskan. Fikirannya kusut ketika ini. Dirinya sudah tidak mahu melibatkan diri dalam 'hal' ini lagi. Dia mahu berhenti. Tetapi, dia tidak tahu bagaimana cara untuk memberitahu kepada Damien.

Marahkah lelaki itu?

"Cik Hell? Cik Hell, kenapa berdiri kat luar?" Sapa satu suara dari arah belakang.

Hellena menoleh. Syafiq rupanya. Hellena beriak biasa.

"Tak ada apa." Jawab Hellena. Dia tersenyum nipis sebelum mengorak langkah ingin masuk ke dalam rumah.

Syafiq terkaku sedikit. Matanya terkebil-kebil. Tidak pernah melihat ketuanya seorang ini tersenyum tentang perkara biasa.

"Malam ni, kita ada..."

"Aku tak datang." Potong Hellena laju. Terus dia memusingkan tubuh memandang Syafiq semula.

"Aku tak ikut malam ni. Aku penat. Tak sedap badan. Korang jelah yang discuss." Dingin suara Hellena berkata sebelum melangkah pergi.

Syafiq hanya memerhati dan mengangguk kepala perlahan. Timbul sedikit sebanyak persoalan di benak fikirannya.

Pelik akan tingkah Hellena. Tetapi, jika dilihat dari riak muka majikannya itu, memang ada benarnya seperti yang Hellena bicarakan tadi.

Wajah Hellena pucat. Matanya kuyu sahaja. Langkahnya pula lemah longlai memasuki ke dalam rumah agam itu. Jadi, ada betulnya jika dia tidak sihat. Mungkin, Hellena penat sejak akhir-akhir ini kerana banyak perkara berlaku.

Lagi pula, peperiksaan semester terakhirnya hampir tiba. Mungkin gadis itu agak sibuk dengan tugasan-tugasannya. Syafiq tahu. Ingin menjadi peguam bertauliah, bukan mudah. Begitu banyak aspek yang perlu dikuasainya untuk lulus.

******

Bunyi kocakan air kolam menambah kenyamanan malam. Hellena duduk di tepi kolam sambil kakinya direndam dalam kolam sehingga separa lutut. Sesekali dia berpeluk tubuh kerana sejuk.

Sunyi sahaja malam ini. Mungkin kesemua anak buahnya berada di markas sekarang. Sebab itu tiada orang di rumah. Hanya ada tiga orang sahaja anak buahnya di rumahnya untuk menjaga kawasan rumah.

Dalam fikiran Hellena, pelbagai soalan muncul dari tadi. Apa yang nak dibincangkan? Tentang apa? Tentang pencerobohan syarikat hari itu ke?

Rasa-rasanya, semuanya sudah selesai. Ketiga-tiga pembunuh upahan itu pun sudah Hellena hapuskan dan sama juga orang yang telah bersubahat dalam hal itu. Semuanya mati.

Apa lagi yang tak selesai?

Hellena menggosok hidungnya. Rasa nak bersin pula. Aku nak demam ke? Dari tadi lagi panas sejuk-panas sejuk badan.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now