~BAB 34~

123 8 0
                                    

Tengku Airil Khalish merenung setiap gerak-geri Hellena di hadapannya. Kelihatan gadis itu gelisah.

Kenapa?

"Saya nak kita cepatkan tarikh nikah kita." Kata Hellena tanpa basa-basi.

Berkerut halus dahi Tengku Airil Khalish mendengar kata-kata itu.

"Nak cepatkan? Maksudnya?"

Hakikatnya, tarikh nikah sebenarnya pun mereka belum tentukan. Hanya pakaian dan pelamin sahaja yang ditempahnya siap-siap.

Kenapa tiba-tiba?

"Yeah. Kita setkan tarikh nikah kita untuk masa terdekat ni. Boleh? Saya.. saya tak nak ada apa-apa halangan lagi untuk kita berdua." Terutama halangan dari pihak luar. Desak Hellena.

Terangkat kening Tengku Airil Khalish. Kepala jatuh berkali-kali. Dia cuba sembunyi senyumannya.

Baguslah. Kau dah mudahkan kerja aku.

"So, bila awak nak buat majlis kita?" Tanya Tengku Airil Khalish.

"Dua minggu akan datang. Boleh? Awak free, ke? Kalau awak busy, it's okay. We just proceed untuk majlis nikah dulu. Untuk wedding anytime boleh. Saya hanya perlukan masa awak untuk satu hari untuk majlis kita berdua." Hellena memandang wajah lelaki itu dengan penuh berharap.

"But, why so sudden? I mean. Kita tak jumpa parents saya lagi. Saya pula tak jumpa lagi family awak. Is it okay with you?" Duga Tengku Airil Khalish pura-pura risau.

"Yes. I'm just fine. Lagi cepat lagi bagus, kan? Mama awak pun dah setuju, kan?"

Lelaki itu pernah memberitahunya bahawa ibunya membenarkan segalanya jika dia mahu berkahwin dengan mana-mana wanita.

Tengku Airil Khalish tersenyum penuh makna tersirat. Dia mengangguk puas.

"Okay. We will do. You asked for two weeks. I shall give you one week from now. Minggu depan kita buat..."

"Majlis nikah kita."

Aku ingat susah sangat nak dapatkan kau. Rupanya, easy-peasy.

*
*
*
*
*
*

Hellena merenung kosong sahabatnya itu sedang menyantap hidangan yang dipesannya. Chicken grill with fried fries. Melahap macam sebulan tak makan si babun ni.

Tangan naik berpeluk tubuh. Badan langsingnya bersandar pada belakang kerusi.

"Aku nak kahwin." Kata Hellena tenang.

Terlepas garfu dari pegangan Fayyadh Dazrin. Mulutnya yang penuh makanan ternganga kecil. Makanan yang sepatutnya mendarat di dalam mulutnya jatuh terhempas di atas pinggan bersama garfu tadi. Mata terkelip-kelip.

Bingung.

"Kau... cakap apa tadi? Aku... tak dengar."

Maaflah. Telinga dah lama dah korek. Dia takut tersalah dengar.

Hellena mengeluh perlahan. Dia tayang muka bosan.

"I will get married." Ulangnya.

Fayyadh Dazrin telan liur kesat. Okay.

Ini prank ke? Kamera mana kamera?

"Bi.. Bila?"

"Soon." Mudah Hellena menjawab. Wajahnya kekal datar.

"Memanglah soon. Soon tu bila? Bulan depan? Tahun depan? Dua tahun akan datang?" Soal Fayyadh Dazrin tak puas hati. Sakit hati pula aku dengan budak ni.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now