~BAB 11~

69 11 0
                                    

"Perghh, best nya katil niii. Lembut gila dowhh." Tanpa apa-apa lagi, Najwa menghempaskan dirinya dan berguling-guling di atas katil. Kadang ke kanan. Kadang ke kiri. Penat.

Hellena dan Natasha hanya menggeleng kepala. Perangai tak berubah kawannya sekor ni.

Mereka berlima check in hotel setelah makan tengah hari. Fayyadh dan Ayyash berkongsi satu bilik manakala selebihnya berkongsi satu bilik. Bilik mereka hanya bersebelahan sahaja.

Di dalam bilik mereka bertiga, ada dua katil. Natasha dan Najwa satu katil. Hellena satu katil. Bilik yang diduduki mereka agak luas. Mewah. Bilik air pun boleh tahan luas dan bersih.

"Kalau ya pun, pergilah mandi dulu. Bersihkan diri." Tegur Natasha seraya mengemaskan barang-barangnya. Najwa merengek kecil.

"Nanti-nantilah aku mandi. Nak tidur sekejappp je." Balas Najwa dengan mata sudah terpejam rapat sambil terlentang. Dengan tudungnya tak bukanya lagi.

Hellena hanya tersenyum.

"Penat sangat kau, ehh? Macamlah kau yang drive." Perli Hellena perlahan. Manakala Natasha sudah memberi pandangan mengusik ke arah Najwa yang berada di atas katil.

Dia mengambil bantal di atas katil Hellena. Lalu membaling kuat ke arah Najwa.

"Adoii! Sakit lah gila!" Aduh Najwa kuat apabila bantal kecil itu terkena pada kepalanya.

"Hanat mana yang baling ni?!" Jeritan Najwa mula bergema. Natasha membuka langkah seribu memasuki tandas diserta hilaian ketawanya mendengar makian Najwa.

Hellena juga turut ketawa. Dia melabuhkan punggung di bucu katil.

Ada-ada je korang niii..

Mereka semua berehatkan diri kerana masing-masing penat. Selepas asar, mereka akan keluar semula untuk bersiar-siar di kawasan sekitar.



*****



Kedengaran hawa-hawa dengkuran halus di telinga Hellena. Bermakna yang lain sudah lena diulit mimpi. Mungkin penat setelah bersiar-siar di sekitar hotel. Itu baru sikit. Selebihnya mereka akan menyambung menjelajah esok.

Walaupun Najwa dan Natasha sudah lena, namun tidur tidak menginginkan Hellena. Matanya masih tidak dapat dilelapkan.

Insomnia.

Hellena memang menghidap penyakit insomnia. Sejak kecil lagi, dia memang amat sukar untuk melelapkan mata. Satu keluhan berat dilepaskan.

Dengan perlahan Hellena bangun dari baringannya seketika dia melihat ruang kamarnya yang samar-samar dengan cahaya lampu tidur. Dicapai hoodie berwarna soft pink yang tersangkut di birai katil. Langkahnya menuju ke pintu. Ingin keluar mengambil angin malam berharap dapat menenangkan fikirannya.

Kini, Hellena sudah berada di luar lobi. Tiada orang di situ. Hanya ada beberapa petugas sahaja yang sibuk bertugas. Dia pergi ke arah sebuah kolam yang tersedia di luar. Punggungnya berlabuh di atas kerusi yang tersedia di tepi kolam itu.

Pandangannya dihala ke atas. Merenung langit yang cerah diterangi sinar bulan dan kerlipan bintang. Ditambah pula kedinginan suhu di Cameron Highland.

Sungguh sejuk. Tapi, nyaman dan aman.

Hellene membuka telefon. Wallpaper telefonnya ditatap dengan penuh bermakna. Wallpaper bergambar black rose...

Mungkin bagi orang lain, bunga itu hanyalah bunga biasa sahaja. Tetapi, bukan pada dirinya.

Black rose begitu bermakna baginya. Bunga rose bermaksud 'cinta dan kasih'. Dan warna hitam bermaksud 'mati'. Dan bila digabung ianya memberi maksud 'cinta yang mati'.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now