~BAB 1~

172 14 1
                                    

KRING! KRING!

Jam loceng berbunyi nyaring memecah kesunyian pagi itu. Pantas ada tangan menutup jam itu. Badan masih lagi tidak berganjak dari posisi tidurnya. Empunya badan ingin menyambung kembali lenanya.

Tiba-tiba, muncul sinaran mentari yang menyuluh tepat pada wajah Akira Hellena. Dia merengus kecil.

Siapa pulak yang kacau aku pagi-pagi ni!!!

Mata masih lagi terpejam rapat. Dia mengalihkan posisi tidurnya ke arah kiri. Tidak sampai beberapa saat, wajahnya berkerut semula akibat sinaran yang menerobos masuk.

Again?

Siapa yang main tingkap ni!!!
  
Setahunya, tiada siapa yang berani memasuki biliknya tanpa izin. Kawasan larangan bagi semua pembantu rumah adalah bilik tidurnya dan bilik kerjanya. Kecuali hanya seorang sahaja. Hanya Damien Karl yang berani melanggar peraturannya.

Nak buat macam mana. Dah memang rumah Damien Karl punya.

Tetapi setahunya, Damien Karl sudah 2 bulan tidak balik ke rumah agamnya. Ada sesuatu yang perlu Damien Karl sendiri 'turun padang' di bawah kawasan pengaruh D'Hell'Ra di Itali. Entah bila pula lelaki itu akan pulang. Akira Hellena sudah lama tidak mendengar khabarnya.

Hellena menghembus nafas panjang. Dengan mata masih terpisat-pisat, dia mengambil bantalnya di sebelah ingin melempar ke arah sosok tubuh yang berada di biliknya.

Ehem.. She's mafia girl. She's know someone is in her room.

"Tikus mana yang masuk dalam bilik aku pagi-pagi ni," gumamnya perlahan.

BUK!

Kedengaran ketawa sinis seorang lelaki. Seperti mengejeknya sahaja. Panas hati Hellena mendengarnya.

Pantas dia mencapai combat knife yang sentiasa ada di bawah bantal tidurnya. Dengan keadaan masih mengantuk, dia cuba melemparkan combat knife itu ke arah lelaki itu.
  
'Tak kira lah, kau pakcik guard ke, bibik dalam rumah ni ke, macam tak tahu perangai aku.' Nekad hatinya.

Belum sempat dia melemparnya, terus lelaki itu memegang tangannya, menghalang Hellena daripada melempar pisau tajam bak belati itu. Lelaki itu memulas sedikit tangan Hellena menyebabkan serta-merta combat knife itu terlepas dari tangan Hellena.

Hellena mengerang kecil.

Namun, dengan pantas Hellena ingin menghayunkan sikunya ke arah lelaki itu. Mereka bergelut di sisi katil king size itu. Lelaki itu pun menahan siku Hellena daripada mengena mukanya. Sipi sahaja lagi.

Fuhh.. Terus lelaki itu memanggil nama Hellena.

"Hell!!" Panggilnya sedikit menjerit. Dia tahu Hellena masih lagi mamai dalam tidurnya.

Panggilan itu membuatkan Hellena serta merta terhenti. Dia kenal suara itu. Suara itu milik Damien Karl.

Ya. Damien Karl.

Terus dia tergamam. Cuba memisahkan dirinya daripada realiti dan fantasi. Bukan apa... Takut termimpi... Hehehe

"Damien?" Soalnya perlahan. Seperti bertanya pada diri sendiri. Tetapi, cukup kedengaran di telinga Damien.

Kemudian, terasa dirinya didorong ke depan seperti ingin menekup dirinya ke katil dengan keadaan terlentang. Cepat-cepat Hellena menahan dengan kakinya.

Tetapi, Damien terus memaut leher Hellena dari arah belakang. Mengunci Hellena dengan lengan sasanya itu.
Mudah sangat nak tumbangkan kau, ejek Damien Karl dalam hati.

Hellena cuba meleraikan pautan itu. Namun, tidak sampai beberapa saat, pautan kasar itu bertukar menjadi semakin agak longgar berbanding sebelumnya. Pautan dileher itu bertukar menjadi satu pelukan menyebabkan Hellena berhenti untuk meleraikannya.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now