"Mission failed. Back off." Hanya itu sahaja yang keluar dari mulutnya yang mematikan itu.
Talian dimatikan. Mata merenung tajam ke arah 4 gerangan itu dari jauh. Hellena, Najwa dan dua orang lelaki yang tidak dikenalinya.
Tengku Airil Khalish mendengus kasar. Dadanya turun naik menenangkan diri. Gagal. Awal-awal lagi sudah gagal rancangannya.
"So, macam mana sekarang? Gagal." Kyle yang duduk sebelah Airil Khalish di dalam kereta itu bersuara bersama keluhan berat.
"Petanda buruk awal-awal lagi. Kan aku dah cakap, they're D'Hell'Ra, Airil. Jauh lebih bahaya daripada yang kita sangka. Baik kita berundur awal-awal sebelum terlambat." Pesan Kyle tak henti-henti.
Airil Khalish tergelak sinis. Jahat.
"D'Hell'Ra? She's just an adopted daughter. I heard, D'Hell'Ra won't harm woman. Tak mungkin diaorang akan ajar perempuan tu jadi macam diaorang." Ujar Airil tak mahu mengalah.
"Tapi, setahu aku D'Hell'Ra memang tak suka kan perempuan dalam keluarga diaorang. So, why they took her as adopted daughter?" Bidas Kyle membuatkan Airil Khalish terdiam.
"Tak apa. Kalau cara ni tak jadi. Aku akan guna cara halus. Banyak lagi masa kita ada." Kata Airil Khalish. Perlahan tapi bahaya.
Matanya tidak lekang merenung Hellena yang bingung ditinggalkan oleh dua orang lelaki yang tidak dikenalinya.
*****
Hellena berdiri sambil tersenyum ceria. Puas dengan hasil air tangan sendiri. Bukan senang nak suruh aku masuk dapur!
Pinggan disusun di atas meja. Sudu garfu sudah pun diletaknya. Hanya siap untuk dijamu sahaja. Jam dinding dilihat. Baru pukul 8.30 malam.
Awal lagi.
Hellena melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Hidangan makanan di depannya sungguh menguji keimanan. Sedap sungguh dilihatnya.
Cehh!
Puji masakan sendiri nampak...
Hellena mengambil napkin yang tersedia di tepi pinggannya. Dibuka ikatan napkin berwarna putih itu. Terserlah corak mawar hitam di tengah-tengah napkin itu. Di sudut kanan bawah pula terdapat ukiran berhuruf 'H'. Napkin itu ditatap dengan penuh lama.
Mawar hitam atau black rose.
Itu adalah bunga kegemarannya. Juga merupakan simbolik terhadap kumpulan D'Hell'Ra. Black rose akan digunakan pada waktu tertentu. Contohnya, pada apa-apa majlis rasmi dan paling menakutkan adalah sejambak bunga mawar hitam akan dihantar kepada sesiapa yang membuat 'hal' dengan D'Hell'Ra sebagai tanda amaran.
Hellena menghembus nafas panjang. Berat. Dia tidak sangka hidupnya akan sejauh ini. Kejam. Jahat. Semua ada padanya. Tidak pernah terlintas di fikirannya dia akan terlibat dalam kancah dunia gelap ini.
"Tapi, hidup saya dah ketinggalan jauh, Adam. Apa yang saya buat sekarang ni, semuanya dah jadi makanan saya. Saya tak boleh nak ubah." Sayu sahaja suara Hellena.
"Disebabkan awak dah ketinggalan jauh itulah, Allah hadirkan saya dalam hidup awak. Allah tak akan biarkan hambanya tersesat di jalan yang salah. Tak akan.
Sejauh mana sekalipun awak ketinggalan, hidayah itu milik Allah. Dia boleh bagi kepada sesiapa saja yang Dia nak. Dan bila hidayah dah datang, itu bergantung pada diri kita pulak. Nak terima atau tak." Ujar Adam dengan senyuman. Tenang sahaja tutur katanya.
Teringat perbualannya bersama Adam di cafe beberapa hari lalu.
Ditarik nafas panjang. Hellena mengeluh.
YOU ARE READING
AKIRA HELLENA: HIS ANGEL
Action'Loving you is a losing game.' Dendam yang ditanam olehnya sejak dulu kini menjadi bara api yang memakan tuannya sendiri. Entah di mana silapnya. Entah di mana salahnya. Dendam itu bertukar menjadi sayang dan cinta kepada gadis itu. Dia, TENGKU AIRI...