~BAB 23~

96 7 4
                                    

Hellena meregang tubuh badannya kiri dan kanan. Terasa lemau badan kerana lama tidak bersenam. Rasa macam sakit-sakit sikit tulang-tulangnya.

Dulu selalu training. Tapi, sekarang?

Hmmm.. takpalah.

Nanti okay lah tu.

Dia baru selesai mandi. Kaki melangkah keluar dari bilik air manakala tangannya ligat mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil. Sesekali dia bernyanyi kecil.

Gembira.

Yelah.. Hari ini kan dia mahu holiday ke Cameron Highland dengan kawan-kawannya. Mana tak happynyaa...

Selesai memakai baju, dia menghampiri meja kecil yang tersusun alatan make upnya. Baju blouse warna baby blue dengan pleated skirt putih menjadi pilihannya untuk perjalanan kali ini. Siap memakai toner, dia memakai moisturizer dan serum muka.

Bunyi ketukan pintu menghentikannya. Dia menoleh. Siapa tu? Mak Uteh ke?

"Kira! Kau dah bangun belum?" Kedengaran suara garau Fayyadh melaungnya di luar bilik diselangi ketukan.

Ouhh, Fayyadh rupanya...

"Kira! Woi kau bangunlah! Nanti lambat nak gerak!" Jerit Fayyadh Dazrin lagi apabila tidak menerima balasan daripada Hellena.

"Dah!" Laung Hellena dari dalam. Harap-harap dengar si babun tu.

Lupa pula dia yang Fayyadh Dazrin tidur sini malam tadi. Pelik juga kadang-kadang. Kerana Mak Uteh pernah memberitahunya yang lelaki itu sudah tidak tidur di villanya sendiri sejak 5 tahun lepas. Gara-gara satu kejadian berlaku.

Dan semalam, mimpi apa kawannya itu untuk bermalam di villa ini.

Cuma dia tertanya-tanya.

Apakah peristiwa yang telah berlaku 5 tahun yang lalu?

Adakah peristiwa itu terlalu tragis? Sehingga Fayyadh Dazrin jarang sekali pulang ke sini. Dan sanggup tinggal di rumah yang lain.

Hellena melepas keluhan kecil. Dia merenung dirinya pada pantulan cermin.

What are you hiding from me, Fayyadh Dazrin?

"Kau dengan aku.. kita sama, Kira. Masing-masing mencari secebis erti kebahagiaan. Sampai kita lupa dan buta. Yang kebahagiaan dan ketenangan hanya datang dari Allah."

"And the worst is.. we run from what we had searched for the left of years." Sambungnya lagi. Bergetar suaranya kedengaran.

Kata-kata Fayyadh Dazrin semalam di ruang tamu terngiang-ngiang di fikirannya. Apa maksud lelaki itu? Terlalu banyak rahsia yang disembunyikan olehnya.

Dan sebagai sahabat, Hellena tidak mahu memaksa. Biarlah lelaki itu sendiri yang akan membuka semuanya kepadanya suatu hari nanti.

Like us... We all are just a human.

A human who brokes when they fall.

A human who bleeds when they are in pain.

And we need time to heal ourselves.

*******


Mak Uteh sudah menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Mana dia nak cari barang yang Hellena mahukan itu?

Bukan dia tak mahu pinjamkan yang dia punya. Tapi, kalau Hellena pakai yang miliknya nanti, kolot pula dengan wajah putih menawan gadis jelita itu.

"Mak Uteh minta maaf sangat-sangat, Hellena. Bukan Mak Uteh tak nak bagi. Cuma baru pagi tadi anak Mak Uteh datang ambil pakaian Mak Uteh pergi dobi. Jadi terselit sekali dalam bakul kotor tu. Mak Uteh minta maaf, ya?"

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now