~BAB 7~

64 7 0
                                    

Hellena menutup pintu rumahnya. Sunyi. Suasana di dalam rumahnya sunyi sepi. Pelik pula Hellena dibuatnya.

Tak akan semua dah beradu kutt... Jam di tangan menunjukkan baru pukul 10.05 malam.

Tiba-tiba, Mak Jah datang menghampiri Hellena. Seperti biasa Mak Jah akan menguntumkan sebuah senyuman di bibir.

"Cik Hellena dah balik?" Mak Jah memulakan bicara.

Hellena hanya mengangguk. Dingin. Beg galas berwarna hitam di tangannya dihulurkan kepada Mak Jah.

"Basuh baju ni. Tak nak ada darah sikit pun." Arah Hellena. Beg pakaian semasa dia 'turun padang' tadi disambut oleh Mak Jah sebelum dia mendaki anak tangga.

"Mana yang lain? Ke diaorang keluar?" Soal Hellena yang menghentikan langkahnya secara tiba-tiba.

"Tuan ada dekat bilik kerja lagi. Kawan-kawan Tuan semuanya dah balik." Hanya anggukan kecil sahaja diterima oleh Hellena.

Kini, Hellena berada di hadapan pintu bilik kerja Damien Karl. Pintu yang berwarna hitam itu dipandang tanpa perasaan. Berat saja hatinya ingin bersua muka dengan lelaki di dalam bilik itu.

Satu keluhan dilepaskan. Nak tak nak, hadap jelah.

TUK! TUK! TUK!

Pintu bilik diketuk. Lalu dia membuka tombol pintu perlahan-lahan. Kelihatan Damien sedang ralit dengan kerjanya.

Fail-fail di atas meja masih lagi menggunung tinggi. Di tangan pula memegang sebatang pen berbentuk agak unik dan beberapa helai kertas. Sesekali Damien membelek helaian kertas itu.

Hellena melangkah masuk ke dalam. Dia berdiri agak jauh sedikit daripada meja kerja Damien.

Damien yang perasan akan kehadiran Hellena hanya membuat tidak endah sahaja. Matanya masih lagi tertancap pada kerjanya.

Buat-buat tak tahu...

Hellena masih lagi mati kutu mencari idea untuk memulakan perbualan antara mereka. Lama dia berdiri tanpa mengatakan sepatah perkataan pun. Dia menundukkan wajahnya. Memandang lantai.

Haishh, dah macam anak kena marah dengan bapak pulak, gayanya.

Tanpa dia sedari, Damien sudah menenung tajam ke arah Hellena. Mukanya dingin sahaja.

Nak tercekik Hellena melihat panahan mata tajam itu.

No reaction...

"Nak apa?" Suara garaunya bertanya. Matanya kembali pada kertas putih yang dipegangnya.

"Dah makan?" Soalnya lagi.

Diam. Tiada jawapan daripada Hellena.

"Aku rasa kat depan aku sekarang manusia. Bukannya dinding... Tapi, kenapa pulak dia tak bercakap, ehh?

Sejak makan penampar aku terus jadi bisu? Hah?!" Perli Damien. Kasar sahaja tutur katanya sambil melempar jelingan maut.

"D... Dah. Dah makan kat luar," jawab Hellena gagap sambil bermain-main dengan jari-jemarinya sendiri. Damien buat tidak endah.

Haishh, dingin sahaja rasanya di dalam bilik itu.

"Hari ini ak..." Seperti biasa, terus percakapan Hellena dipotong.

"Good job." Potong Damien. Senyuman nipis diberikan dengan mata yang masih lagi menikam. Senyuman ikhlas ke tu?

Hellena menghela nafas beratnya. Okay, Damien dah tahu kejadian hari ini.

Cepat betul si wartawan tak bertauliah tu pergi report... Kalah wartawan TV3, kutuk Hellena dalam hati.

Siapa lagi kalau bukan si Syafiq itu.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now