~BAB 4~

84 11 0
                                    

Bunyi deruan paip hujan memenuhi segenap ruang bilik air itu. Hellena berada di bawah pancuran air hujan sambil memeluk lutut. Tidak hiraukan pakaiannya yang sudah basah lecun. Tabiatnya jika fikirannya bercelaru dan buntu.

Hampir satu jam dia di dalam keadaan sebegitu. Sedikit pun tidak berganjak. Badannya mulai merasa kesejukan. Sesekali Hellena menggigil menahan sejuk ditambah pula kedinginan malam.

Kejadian di antara dia dengan Damien masih segar dan bermain-main di dalam otak fikirannya.

Siapa yang salah?

Dirinya sendiri? Atau Damien?

Tetapi, dirinya akui, kata-kata yang dilemparkan kepada Damien tadi agak keterlaluan. Memang patut pun dia diperlakukan sebegitu. Rasa bersalah dan sakit bercampur bersatu.

Macamlah baru sehari dia mengenal Damien Karl. Padahal dirinya sendiri mengetahui segala cerita tentang kehidupan peribadi Damien. Sepatutnya, dia tidak terlepas cakap dan menyentuh isu mengenai ibu bapa atau keluarga Damien.

Kehidupan Damien tidaklah seindah rupa yang disangkakan. Damien kematian ibu dan ayahnya ketika berusia 3 tahun lagi. Kematian mereka akibat dibunuh oleh kawan baik ayahnya sendiri kerana timbul hasat dengki terhadap mereka sekeluarga.

Ayah Damien, Edward Karl merupakan bekas ketua mafia yang berhijrah ke Malaysia. Edward Karl amat mahir dan pandai dalam dunia perniagaan. Oleh itu, Edward Karl mempunyai ramai musuh dan salah satunya ialah sahabat baiknya sendiri.

Ibu Damien diracun manakala ayahnya pula ditikam. Hasil siasatan menyatakan bahawa ada beberapa individu yang mencerobohi rumahnya sewaktu hari kejadian. Bagi melindungi satu-satunya anak tunggal mereka iaitu Damien, Edward Karl ditikam pada bahagian leher selepas sedaya upaya menghalang penceroboh mendekati Damien.

Sejak itu, Damien dijaga oleh adik kandung Edward Karl, Robert Karl di Italy. Dari kecil, dia dididik dengan kekerasan. Mempelajari pelbagai seni mempertahankan diri. Saudara maranya yang lain juga telah tiada. Hal ini kerana Robert Karl yang membunuhnya kerana kebanyakannya ramai ingin merampas harta dan kekayaan yang diwarisi oleh Damien.

Ada juga yang dibuang oleh keluarga Karl's. Pelbagai langkah berjaga-jaga diambilnya bagi melindungi Damien.

Oleh sebab itu, Damien menjadi sebegitu rupa. Tidak berhati perut. Kejam. Semuanya ada padanya. Dia tidak suka jika ada yang ingkar atau mengkhianatinya. Kerana seumur hidupnya penuh dengan penipuan dan pengkhianatan.

Perasaan bersalah menyelubungi hati Hellena. Dia menggigil sekali lagi. Nafasnya sudah tidak teratur. Terasa lututnya menggigil.

Sejuk.

Terimbau kembali kenangan sewaktu dirinya masih mentah dahulu. Sudah menjadi tabiatnya jika dirinya gagal dalam ujian yang diberikan oleh Damien. Dia akan mengurungkan diri sepanjang hari di dalam bilik air atau di dalam stor.

Tiada makanan mahupun seteguk air yang diminumnya sepanjang hari. Tidak kisah akan semua itu. Asalkan, dia dapat bersembunyi daripada orang ramai. Sehingga dirinya dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pembantu rumah.

Ini kerana Hellena takut. Takut kerana tidak dapat melepasi ujian fizikal yang diberikan dan sudah pasti akan mengundang kemarahan kepada Damien.

Tiba-tiba, pandangannya tertumpu ke arah pintu bilik air yang terbuka perlahan-lahan.

Hellena hanya memandang sepi ke arah susuk tubuh seseorang yang menyapa retina matanya. Pandangannya kabur. Mungkin dek kerana titisan air.

Seorang lelaki melangkah mendekatinya. Hellena mendongak melihat badi lelaki itu.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now