~BAB 27~

76 11 3
                                    

6 BULAN KEMUDIAN

De Rossa Planner.

Kertas-kertas putih yang berselerak di atas meja kerjanya disusun semula lalu diletak di dalam satu fail khas. Fail tersebut kemudian disimpan di atas rak yang juga terdapat beberapa fail yang lain. Fail kerjanya.

Hellena meregangkan badannya. Tangan diangkat ke atas menggeliat lenguh.

Urghh!

What a long day!

Kaki dihayun ke sofa yang tersedia di dalam bilik kerjanya. Penat. Seketika mata terpejam.

Tenang.

Kemudian, bibir terukir senyuman nipis. Suka. Gembira. Bahagia. Dia bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Tiada lagi Hellena yang dulu. Yang suka berfoya-foya. Yang suka membazirkan masa dengan perkara tidak berfaedah.

Pagi dia akan bertolak ke butiknya yang menjadi pejabatnya sekarang. De Rossa Planner. Sumber pendapatan dan rezekinya.

Kemudian, petang dia akan pulang ke rumahnya sendirian. Tiada yang menjadi penjaganya lagi. Tiada lagi halangan dan kurungan. Cukup dari Allah sahaja dia memohon perlindungan.

Walaupun badannya penat ketika berkerja, tetapi berbaloi. Buktinya lihatlah butiknya sekarang. Sudah makin berkembang maju dari hari ke hari. Butik yang dulu dibina senyap-senyap tanpa pengetahuan Damien Karl dan anggota D'Hell'Ra yang lain, kini menjadi butik ternama di Malaysia. Semakin dikenali ramai.

Allhamdulillah. Rezeki Allah.

Lamunan Hellena terhenti ketika bunyi ketukan pintu mencengah pendengarannya. Pintu terbuka dari luar. Seorang gadis muda menyapa pandangan mata.

"Cik Hell, ada kerja yang boleh saya tolong lagi?" Suara lunak itu bertanya lembut.

Hellena menggeleng kepalanya perlahan.

"Tak ada dah. Saya baru siapkan tender VIP kita yang tempah kelmarin. Thanks for asking." Ujar Hellena tenang sambil tersenyum manis.

Itulah dirinya sekarang. Lebih peramah dan lebih ceria. Dirinya juga mudah tersenyum. Tiada lagi Hellena yang dulu perwatakan dingin seperti ais dan sekarang lebih manis orangnya.

"Dah makan ke belum?" Soal Hellena pula kepada pekerjanya yang muda itu.

Kelihatan gadis itu mengangguk sebelum dia mengaju soalan yang sama pula kepada majikannya.

"Cik Hell dah makan?"

"Belum. Tak lapar lagi." Jawab Hellena tenang.

Tiba-tiba, perutnya mula bergelora. Nasib tak kuat. Kalau tidak, buat malu saja. Sontak tangan naik mengusap perut.

Lapar ke?

"Saya ada beli nasi ayam dekat kedai simpang empat sana tadi untuk Cik Hell. Kalau Cik Hell nak, saya boleh sediakan. Panas-panas lagi nasi ayam itu." Pelawa gadis muda itu polos.

Risau berangkali majikannya itu lapar. Siap dibeli lagi makanan untuk Hellena.

Hellena berfikir sejenak. Kemudian, bibir merekah senyum.

"Hmm, boleh juga, Dhafwatul." Balas Hellena manis kepada gadis yang bernama Dhafwatul itu.

Dhafwatul menunduk sedikit sebelum menutup pintu. Terbit rasa terharu apabila majikannya sudi menjamu makanan yang dibelinya.

Hellena bersandar pada belakang sofa. Sebenarnya, dari semalam lagi dia belum makan. Balik kerja terus rehat dan tidur. Penat. Siap ditegah lagi pembantu rumahnya agar tidak memaksa untuknya. Bukan dia makan pun.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now