Prolog

15.4K 930 65
                                    

Seorang jejaka berpakaian santai dengan bagasi beroda ditarik, berjalan ke arah satu kereta yang sedang menunggu kemunculannya.

Ekspresi jejaka itu datar melihat beberapa anggota pengawal milik keluarganya berada di hadapannya. Salah satu pengawal dari mereka, bergerak mendekat ke arah jejaka itu. Bagasi bertukar tangan.

"Tengku..."

Jejaka itu tanpa mendengar bicara pengawal tadi, terus masuk ke dalam kereta. Airpod dicucuk di kedua telinganya. Pengawal tadi menghela nafas sebelum menyuruh semua pengawal masuk ke dalam kereta untuk sedia bergerak.

Tiga buah kereta yang mempunyai lambang Negara Queren, meluncur laju membelah jalan raya.

Si jejaka membuka mata bila airpodnya tiba-tiba masuk deringan panggilan. Jejaka itu berdecak malas. Diangkat tanpa melihat siapa memanggil. Kembali jejaka itu memejam mata.

"Apahal?"

"Kau dah sampai?"

"Sudah. Dalam perjalanan ke istana."

"Hm. Kau jaga diri di sana. Sudah lama kau tak balik. Ayahanda pasti rindu kepulangan kau, Jebat."

Jebat sekadar bergumam. Tiada rasa mahu bicara lagi.

"Sudah?"

"Haih ye lah! Jaga diri, Jebat!"

"Okey." Sejurus itu, Jebat matikan panggilan. Jebat buka mata melihat pemandangan di luar.

Ternyata dia sudah hampir sampai. Di sekelilingnya mempunyai pemandangan yang indah seperti terdamparnya laut biru berombak tenang dan pokok-pokok hijau yang bertumbuh segar.

Jebat hela nafas. Buang pandangan pun otaknya melalang buana.

"Sialan. Kalau aku jadi rakyat biasa..." Jebat mendesis.

Tidak lama, destinasi yang dituju sudah tiba. Sebuah istana yang berdiri megah dan tercipta klasik. Halaman yang luas dihiasi dengan pokok bunga dan air pancur yang terletak di hadapan pintu gerbang istana. Di sekitarnya bersih tiada sebarang kotoran.

Jebat cebik bibir sekilas. Boleh tahan. Masih tak berubah.

Jebat keluar dari kereta sebelum sempat pengawal membukanya. Pengawal itu terkejut seketika dengan tindakan Jebat. Jebat perasan itu, menepuk bahu pengawal itu.

"Aku belum lumpuh lagi. Aku boleh buat sendiri." Kata Jebat santai. Kemudian, kaki jenjangnya melangkah ke pintu utama istana yang sudah sedia terbuka luas.

Di kedua sisi pintu, berdirinya para pembantu istana yang rata-rata perempuan semuanya. Mereka serentak membongkok tubuh penuh hormat.

"Tengku Jebat." Ucap mereka bersama.

Ini satu kemunculan yang mengejutkan mereka. Bertahun-tahun jejaka itu tidak jejak lantai istana ini, akhirnya hadir untuk mewarisi takhta sang ayah.

Jebat melihat setiap wajah pembantu istana.

"Ayahanda mana?" tanya Jebat pada pembantu di sisinya.

"Tuanku ada di bilik kerjanya, tengku." Balasnya.

"Hah! Anaknya sudah tiba pun masih sibuk?" sinis Jebat.

Pembantu itu menunduk.

Jebat menggeleng sebelum menuju ke tangga. Jarinya melirik di palang tangga yang dihiasi dengan kain emas putih dan lilitan bunga putih yang tidak dia ketahui namanya.

Mata Jebat melihat bingkai gambar besar yang tergantung indah di dinding tangga. Dari moyangnya sehingga kini. Ayahnya. Sebelah bingkai gambar ayahnya kosong.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮Where stories live. Discover now