🔱 BAB 2 : She Appeared by Accident

6K 837 17
                                        

Sebuah kereta berlambangkan negara Queren, tiba di hadapan sebuah bangunan Hotel AR'S. Keluarnya seorang pengawal diraja untuk membukakan pintu buat putera rajanya.

Lalu, keluarlah satu kaki berkasut kulit hitam yang sudah tentu berjenama dan mewah harganya. Pemilik kasut tersebut menonjolkan diri.

Menyerlahkan wajahnya yang cukup tampan dan bertubuh tinggi lampai nan gagah. Mata membunuhnya tidak menghiraukan para wartawan yang berada di depannya sekarang.

Melihat sekeliling pun ia mula membuka langkah menuju ke pintu masuk. Didampingi oleh dua pengawal diraja yang bersut hitam lengkap di kedua sisinya.

"Di sini, tengku." Ucap Khairul kepada si jejaka tampan. Si jejaka tampan menuju ke pintu dewan itu.

Telinganya mendapat dengar suara riuh rendah di dalam dewan itu. Jejaka itu diam seketika sebelum dia melihat Khairul dan Syahran.

"Ada pintu lain?"

"Eh? Kenapa, tengku?" Syahran kerut dahi hairan.

Jejaka itu mendatarkan wajahnya.

"Aku nak masuk pintu lain." Kata jejaka itu. Tanpa menunggu balasan pengawalnya, dia berlalu pergi untuk masuk ke pintu lain.

"Tunggu, Tengku Jebat!"

Khairul dan Syahran berpandangan sebelum keduanya mengikut langkah Jebat. Jebat menjeling pengawalnya dengan kaki masih melangkah.

Jebat berhenti langkah apabila dia ternampak pintu yang tertutup di sisi dewan lain. Jebat melihat Khairul dan Syahran yang mengah itu.

"Aku masuk dulu."

Khairul dan Syahran mengangguk.

Jebat masuk ke dalam. Ia berharap kemunculannya tidak dilihat sesiapa tetapi itu hal yang mustahil. Ada satu kanak-kanak lelaki perasan akan kelibatnya.

Tentu saja Jebat juga perasan kanak-kanak itu. Apabila jejaka kecil itu ingin menjerit menyebut namanya, Jebat lantas membuat isyarat diam melalui menutup mulutnya dengan jari telunjuk.

Kontan jejaka kecil itu menekup mulutnya. Kemudian, jejaka kecil itu kembali pada ibunya.

Jebat buang nafas. Melirik ke pentas yang masih kosong. Jebat melihat seisi dewan yang sudah diduduki oleh para manusia. Dia tahu bahawa keluarganya pasti akan mencarinya.

Jebat berjalan ke meja makanan. Tak sengaja matanya melirik keluarga Ameer. Sedikit bibirnya melekuk. Tidak sangka dia akan bertemu dengan keluarga itu setelah bertahun lamanya.

Jebat mengambil gelas berkaki di atas meja makanan lalu penutup air mineral dibukanya. Dituang separuh gelas itu. Jebat meneguknya sedikit rakus.

Tiba-tiba rasa haus.

"Tanpa membuang masa majlis, persembahan yang dinanti-nantikan oleh para penonton akan dimulakan mulai sekarang! Dipersilakan Arsyana Marisa dan Bellona Erasyah!"

Terus seisi dewan itu riuh dengan tepukan gemuruh oleh para tetamu. Siulan tidak ketinggalan. Ini kerana mereka teruja dapat melihat dua pemain muzik dunia secara depan mata.

Jebat yang sedang meneguk air, terhenti mendengar ucapan itu. Perlahan, dia berbalik melihat ke arah pentas yang sudah gelap tidak bercahaya. Meninggalkan lampu sorot yang bakal dituju pada pemain.

Jebat melangkah setapak ke depan. Melihat dengan sorot tajamnya.

Dalam sekejap, rahang Jebat yang sedia kokoh, berubah ketat mengeras bila sosok yang selalu dia ingin temui muncul di depan mata. Mata tajamnya berubah gelap dan diisi dengan emosi terpendam.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang