🔱 BAB 22 : She Loves Call Him Sayang

7.2K 921 31
                                        

Di tengah malam bersinarnya bulan dengan cantik dan indah. Di atas ranjang sebuah kamar kondominium milik seorang pemain piano terkenal adanya pasangan sejoli yang tidur nyenyak berpelukan dalam selimut yang gebu empuk.

Namun, deringan telefon pintar tiba-tiba pada jam 3 pagi itu mengejutkan si suami yang memeluk isterinya. Jejaka itu mengulur tangan ke belakang menggapai telefon pintarnya dengan malas.

Dapat saja telefonnya, jejaka itu mengangkat. Bangun sedikit lalu melirik sisi wajah isterinya. Memandangkan dia memeluk isterinya dari belakang buat dia sukar mahu melihat wajah lena itu.

"Hello." Suara khas tidur Jebat terdengar.

"Tengku di mana? Saya risau ini."

Jebat memisat kedua mata. Berkerut dahi kerana sisa kantuk masih ada.

"Ah... Aku dekat hotel. Kau tak payah datang. Esok pagi aku keluar." Jebat bangun sedikit payah untuk duduk bersandar ke kepala katil. Disebabkan satu lengannya dijadikan bantal oleh kepala isterinya buat dia susah bergerak.

"Baiklah, tengku. Maaf saya ganggu tidur tengku. Saya cuma risau tengku lama menghilang."

Jebat bernafas panjang. Mata melihat Arsyana. Lena benar.

"Hm. Kau tak perlu risau. Aku okey." Sejurus itu, Jebat matikan panggilan.

Jebat letak telefon pintarnya kembali ke kabinet sisi katil. Termenung seketika lalu melihat isterinya. Jebat sentuh bahu mulus Arsyana sembari mendekat ke sisi wajah si isteri.

Jebat cium bahu mulus itu berkali. Bibir menyungging melihat banyak kesan pemilikannya di kulit leher jinjang itu.

Puas?

Ya tentulah. Perempuan yang selama ini dia tunggu, sudah berada dalam genggamannya.

Jebat kucup kepala isterinya sebelum tarik perlahan tangannya dari dijadikan bantal kepala Arsyana. Lalu, Jebat turun dari ranjang. Jebat tersenyum sinis melihat pakaian mereka tergeletak di lantai.

Menyugar rambutnya ke belakang lalu mengambil boxer disarung. Tuala yang tersadai di penyangkut diambil lalu dibalut menutup bahagian bawah.

Kot labuh yang di lantai, diambil untuk ambil sebuah kotak kecil dan pemetik. Jebat lirik Arsyana sekilas.

Balkoni kamar dituju. Langsir diselak dan saat itu cahaya bulan mengintip masuk menyinari kecil kamar kondo itu. Jebat buka pintunya lalu keluar. Tubuh rasa dingin disapa angin malam yang sangat nyaman.

Jebat cengkam tangan ke palang balkoni. Melihat pemandangan itu dengan desahan nafas. Tidak lama, terdengar petikan kecil dan cahaya kecil menyapa wajah Jebat. Asap keluar bila jejaka itu menghisapnya dalam.

Ya. Rokok.

Jejaka itu hanya merokok bila mahu.

Memang Arsyana tidak tahu satu sikap dia yang ini.

Mendongak kepala tinggi, menghembus asap dengan penuh gayanya. Bibir Jebat menyungging sinis dengan halkum bergerak naik turun.

"Bila awak mula pandai merokok?" satu suara lunak tiba-tiba menerjah telinga Jebat. Jejaka itu terdiam seketika kerana kaget isterinya sudah bangun.

"Sayang," seru Arsyana seraya mendekat tubuh kekar suaminya. Dipeluk pinggang Jebat.

Jebat hisap dalam rokoknya sebelum dipadam bara rokok untuk dibuang. Jebat berbalik menghadap isterinya. Terus terpampang wajah sisa kantuk isterinya. Dengan rambut serabai.

Bibir Jebat menyeringai melihat tubuh isterinya berbalut kemeja hitam miliknya. Nampak besar tapi gemas. Oh ayolah tubuh gadis itu sangat kecil berbanding Jebat yang tinggi lampai nan kekar.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang