Di ruang tamu kondominium milik Arsyana ada Jebat yang sedang menelefon Nasir memberitahu dia sudah mahu pulang. Kali ini dia akan pulang terus ke Queren memandangkan ayahnya yang meminta.
Ikutkan hati, hendak saja berada di sini meluangkan masa bersama isteri jelitanya itu.
Arsyana di belakang melihat suaminya sambil memintal tudung selendang. Ekspresinya muram kerana hari ini suaminya akan pulang. Jadi, dia akan keseorangan di sini bersama Safhana.
Tidak lama itu, bibir Arsyana mengukir senyuman nipis bila Jebat berbalik melihatnya. Jejaka itu simpan telefon pintar di poket seluar slack sembari dekati si isteri.
Tubuh kecil itu dipeluk hangat. Arsyana langsung melilit tangan ke pinggang suaminya dan menyembam pipi ke dada suaminya.
Arsyana mengeluh. Berat hati mahu berjauh.
"Kau jaga diri, okey? Aku kena pulang Queren." Kata Jebat sambil mengelus pipi lembut itu. Gemas, dicium lembut pipi itu berkali.
Arsyana biarkan saja. Dia suka.
"Aaaa... Kenapa hari ini juga? Baru semalam kita jumpa..." Arsyana makin eratkan pelukan. Tak mahu lepas suami kesayangan.
"Ayahanda suruh aku pulang. Ikutkan hati aku, aku nak saja duduk sini dengan kau, sayang."
"Hmmm..." Arsyana tunduk kepala. Riaknya tidak puas hati. Meski dia tahu Jebat akan pulang, dia tetap tidak bersedia mahu berpisah lagi dengan jejaka itu.
Sudahlah semua orang tidak tahu lagi bahawa putera itu sudah menjadi milik orang. Kalau disambar? Mahu tak meraung dia?
Jebat tertawa rendah dengan nada isterinya. Alahai buat hamba lemah betul dengan isteri hamba ini.
"Ana..."
"Tak nak! Tak nak! Janganlah pergi, sayang. Cakaplah dengan ayahanda extend esok. Please..."
"Tak boleh, sayang." Jebat mahu saja tertawa dengan sifat degil isterinya itu.
"Ayahanda mesti faham kita. Awak bagitahulah ayahanda. Ayahanda tahu saya mesti rindukan awak lagi. Menantu cantik dia ini kan tak boleh kena tinggal..."
Jebat tertawa tak percaya. Arsyana berdecit. Mengelak bila Jebat ingin memeluknya. Orang cakap serius, ketawa pula! Nasib suami aku.
"Please, sayang...?" Arsyana kelip-kelip mata serupa anak anjing. Apa lagi ekspresinya begitu comel di mata Jebat.
"No means no, princess." Kata Jebat lalu menarik tengkuk isterinya mendekat lalu melumat bibir yang dari tadi merayu kepadanya jangan pergi.
Dan itu satu hal yang mengganggu fokus seorang Jebat untuk biarkan bibir kegemaran itu terus bergerak tidak henti.
Membulat sempurna mata Arsyana bersama tubuh kaku tak bergerak. Mendadak nafas hilang dibawa pergi oleh Jebat. Tangan Arsyana naik menekan dada Jebat untuk melepaskannya tetapi Jebat tetap Jebat.
Jejaka itu takkan biarkan miliknya bebas selagi dia mahu.
Puas, Jebat lepaskan tautan bibir mereka. Sontak Arsyana menganga cari nafas. Pipi membahang merah dengan tindakan nakal suaminya. Rasa mahu rebah saja bila melihat senyuman nakal milik jejakanya.
"Sweet." Bisik Jebat menggoda sebelum pipi isterinya dicium. Arsyana gigit bibir. Aih perut, tolong behave! Jangan jauh sangat terbangnya!
"I love you, Ana. Tolong jaga diri kau. Sampai Queren, siap sedia aku akan sebarkan tentang kita. Sabar sekejap saja lagi. Hm?" Jebat elus tepi kepala Arsyana. Arsyana angguk bagai buruk pelatuk.
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮
Romance𝑷𝒓𝒆𝒒𝒖𝒆𝒍 𝒕𝒘𝒐 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝑫𝒊𝒂, 𝑳𝒂𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐉𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐐𝐀𝐒𝐇𝐀𝐅 𝐅𝐓. 𝐀𝐑𝐒𝐘𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐧𝐠𝐭𝐡 Apabila waktu memisahkan, takdir kembali menemukan mereka yang saling men...