Suasana dalam kereta hening. Arsyana perlahan menolak rengkuhan Jebat di lehernya. Melihat luar jendela dengan hati nyeri saktit.
Dia cuba. Dia cuba tidak menangis di depan jejaka kesayangan.
Arsyana mencengkam kejap kain labuhnya. Dagu bergetar kerana ingin menangis tapi masa bodohnya dia harus tahan. Oh sedarlah! Kau bukan siapa-siapa lagi untuk jejaka itu!
Sedangkan Jebat, terus-menerus melihatnya dengan tatapan teduh. Rahang jejaka itu bergerak-gerak ingin menuturkan sesuatu.
"I'm sorry, Ana. Aku tahu kau takkan dengar kata maaf aku." Jebat angguk samar dengan dahi sedikit berkerut. Namun, tatapannya tetap teduh dan sayup melihat gadis kegemaran.
"Tapi aku betul-betul minta maaf." Ucap Jebat tulus dari hatinya. Dia mengharapkan kemaafan gadis itu kerana tak sanggup hatinya terus terseksa.
Tapi sialnya, hati gadis itu lebih terseksa darinya.
"Kata maaf awak tak berbaloi, Jebat. Tak akan dapat ubah apa-apa lagi. Hati saya-
"No, Ana."
"-pun awak sudah lukai."
Mereka berdua berbicara sama tapi berlainan kata dengan nada bicara benar-benar lirih. Meski begitu, rayuan ringkas Jebat ini hampir saja menggoyahkan hatinya.
Oh ayolah! Jejaka itu sudah menghancurkan hatinya sehingga berkeping-keping. Alasan apa dia harus menerima kata maaf itu? Kerana perasaan cinta terhadap jejaka itu?
Arsyana mungkin sudah gila jika menerima maaf tersebut. Jebat layak menerima apa yang dia terima.
"Katakan pada saya. Harus alasan apa saya gunakan untuk menerima kata maaf itu?"
Raut wajah Jebat keruh. Tertohok.
"Jebat, awak benar. Saya tidak layak untuk awak. Saya hanya perempuan murah yang terhegehkan anak raja..."
"Bukan, Ana! Kau bukan perempuan macam itu!"
"Sayangnya, ucapan tersebut dari bibir awak sendiri, Jebat."
Jebat meraup kuat rambutnya. Sialan. Dia hampir rebah mendengar penyataan itu. Arsyana sekali lagi dipandang. Bersandar lesu pun menatap nanar sosok belakang gadis kesayangan.
"Rasanya tak ada apa lagi yang harus dibicarakan. Tolong. Selepas ini, kita jangan berjumpa lagi."
"Why?" Jebat sahut tidak bersemangat.
Arsyana tahan air mata.
"Kerana anak haram ini mungkin akan bawa nama buruk kepada Tengku Mahkota."
Dum!
Makilah. Makilah dia sepuas hati! Kerana itu layak untuknya. Dia...
Benar-benar sudah hancurkan hati gadisnya.
"Aku cintakan kau, Ana!" seisi kereta itu penuh dengan suara Jebat. Menghentikan Arsyana yang mahu keluar.
Kaku dan terkedu gadis itu di tempatnya. Tertohok dengan luahan tak disangka itu. Sudut bibir Arsyana ternaik getir. Bebola mata bergerak.
"How? How can I trust you? Mana mungkin awak cintakan saya..."
"Aku tak pernah tipu perasaan aku sendiri, Ana." Potong Jebat keras. Tajam lurus mata ke arah Arsyana.
"Kalau begitu, kenapa awak seolah bencikan saya selama ini?"
Kemudian, Arsyana tertawa. Tawa yang terisi kecewa.
Jebat menggeleng tidak semangat. Dia tiada jawapan untuk itu. Ya, dia memang bodoh.
"Sudahlah. Sampai sini saja kita berjumpa. Jangan lihatkan muka awak di depan mata saya lagi. Saya pergi dulu..."
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮
Romance𝑷𝒓𝒆𝒒𝒖𝒆𝒍 𝒕𝒘𝒐 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝑫𝒊𝒂, 𝑳𝒂𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐉𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐐𝐀𝐒𝐇𝐀𝐅 𝐅𝐓. 𝐀𝐑𝐒𝐘𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐧𝐠𝐭𝐡 Apabila waktu memisahkan, takdir kembali menemukan mereka yang saling men...
