🔱 BAB 14 : His Naughty Girl

4.9K 943 43
                                    

Arsyana masuk ke dalam bilik persalinan yang ada beberapa pemain muzik yang lain sedang bersiap untuk persembahan seterusnya.

Saat ini Arsyana berada di Palarez Dolce. Sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur yang pemiliknya seorang Itali.

Bukan itu keutamaannya. Arsyana harus segera tukar pakaian untuk majlis makan bersama dengan para tetamu di dewan.

"Cik Syana, dah siap?" tanya Safhana. Melihat majikannya yang sedang disolek kembali oleh penata rias. Tentu saja harus diperbaiki kembali untuk bertemu tetamu hotel ini.

"Ah sikit lagi." Jawab Arsyana sambil melihat wajahnya teliti. Senyum puas kerana solekan kembali baik. Tidak seperti tadi.

Senyumannya jadi luntur bila muncul kelibat Juwita di belakangnya. Gadis itu nampak mengejeknya tapi Arsyana buat tidak peduli. Juwita senyum sinis.

Juwita melihat semua rakan muziknya.

"Hey, guys! I nak bagitahu sesuatu." Suara Juwita yang mengisi bilik itu membuat mereka mengalih pandangan sepenuhnya ke arah Juwita tapi sesetengah dari mereka membiarkan Juwita.

Termasuk Arsyana.

"Kejap lagi I akan masuk dewan bersama Tengku Jebat!"

"What?!"

"Seriuslah?! Yang mana satu? Tengku Jebat ke?"

"Kau tipu kan, Ju? Cakap betul-betul!"

"Wah! Bukan main taste kau sekarang kan?"

Seisi bilik itu diisi dengan suara sumbang membalas pernyataan Juwita. Kaget dengan berita Juwita berikan. Tidak sangka Juwita berani dekati jejaka berdarah raja itu
Bukan itu saja, Tengku Jebat dikenali sebagai putera Queren yang dingin dan irit bicara.

Ekspresi Juwita berubah bangga mengatakan dirinya berjaya mendapatkan putera raja itu.

Juwita melihat Arsyana. Lalu, berdiri di belakang gadis itu. Penata rias sudah melihat Juwita semacam.

"Dah siap? I nak cakap dengan pemain piano terkenal ini." Kata Juwita dengan senyuman manisnya. Tidak. Itu senyuman menjengkelkan.

Arsyana angguk menyuruh penata rias habiskan solekannya. Penata rias akur. Segera barang alat solek dikemas ke dalam beg beroda.

"Hana." Seru Arsyana. Safhana melihatnya. Seakan faham akan isyarat mata Arsyana, Safhana angguk akur dan berlalu pergi meninggalkan Arsyana.

Meskipun dia berat hati mahu membiarkan Arsyana bersama Juwita. Bukan dia tidak tahu sifat apa Juwita itu.

"You nampak?"

"Hm?" Arsyana angkat kening. Melihat Juwita melalui biasan cermin.

Juwita bertukar posisi dengan menyendeng punggungnya ke birai meja solek. Memeluk tubuh menilik Arsyana intens dan angkuh.
Arsyana pula mengendahkan itu dengan memainkan telefon pintar. Percuma saja ia akan buang tenaga jika dia bercakap dengan gadis gila perhatian ini.

"I berjaya dapat perhatian Tengku Jebat."

"So what?" tidak sekali melihat Juwita ketika membalas.

Juwita senyum sabar. Rasa ditentang bila Arsyana mengendahnya.

"You tak cemburu?"

"Because what?"

Juwita tertawa angkuh. Arsyana melihat kosong. Oh lihatlah gadis keding ini. Sungguh mendongak langit dengan apa yang ia baru capai.

"You jangan buat-buat bodoh boleh tak?" geram Juwita. Rasa tidak seronok bila Arsyana membalasnya sekadar satu dua kata.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮Where stories live. Discover now