Nasir, selaku pengawal Jebat mengetuk pintu kamar Jebat. Tidak lama, kelibat Jebat hanya berseluar pendek terpampang dengan wajah kantuk. Jejaka itu menguap lalu menggeliat kecil.
"Ada apa?" tanya Jebat langsung.
"Ampun, tengku kerana patik mengganggu lena tengku. Patik hanya ingin sampaikan pesanan." Mohon Nasir. Jebat bergumam.
"Tengku ada pertemuan dengan seseorang hari ini." Lanjut Nasir.
Terus segar biji mata Jebat mendengar berita itu. Mata dipijat bagi terangkan pandangan.
"Apa? Aku tak berapa dengar."
Nasir berdehem.
"Tengku ada pertemuan dengan seseorang hari ini."
Jebat kelip mata berkali. Mengusap belakang kepalanya pun memikirkan siapa mahu berjumpa dengannya.
"Siapa?"
Nasir menggeleng.
"Tengku boleh siap sekarang untuk patik bawa tengku ke tempat perjumpaan itu."
"Ah..." Jebat terangguk-angguk.
"Kau tunggu luar sana." Perintah Jebat.
"Patik menurut perintah, tengku." Nasir berangkat pergi membiarkan puteranya itu siap sendiri.
Jebat termangu seketika di tengah-tengah kamar tidurnya. Mendongak sedikit dengan memgulum bibir bawah. Mendesis kecil kerana berfikir keras.
"Ah lantaklah! Yang aku nak peduli kenapa?" Jebat tidak ambil pusing. Segera ke kamar mandi untuk bersihkan diri.
JEBAT KELUAR DARI kereta bila pintu dibukakan oleh Nasir. Mengancing butang kotnya pun melihat sekitar sebelum kaki jenjang berbalut slack hitam menyusun langkah ke sebuah bangunan yang berdiri megah.
Rata-rata orang di situ melihat kaget dan terpegun dengan kehadiran putera raja Queren. Sekejap saja Jebat dikerumuni oleh orang yang berada di sekitar bangunan itu. Teruja pun gembira dapat bertemu putera itu di depan mata.
Sangat disayangkan jika dibiarkan. Apatah lagi jejaka itu sangat sukar untuk ditemui meski ada berbagai acara yang melibatkan keluarga Diraja Queren.
Jebat tidak berekspresi sama sekali. Dia hadir ke sini bukan kerana mahukan perhatian tetapi dia ada pertemuan dengan seseorang.
Sekilas Jebat melihat papan besar yang terletak di pintu masuk bangunan besar dan tinggi itu.
Heksagon's Corporation.
Orang-orang yang mahu dekati Jebat, lantas beberapa sosok jejaka berpakaian sut hitam yang datangnya entah dari mana menyekat mereka. Tentunya mereka dibuat kaget dengan kejadian itu.
Tentu saja mereka adalah pengawal diraja yang selama ini menjaga Jebat dari jauh. Mereka ditugaskan oleh Raja Dhawiy untuk melindungi Jebat. Mereka hanya akan datang jika ada benda bahaya atau mengganggu ketenteraman putera mereka.
Raja Dhawiy tahu betul bahawa anak terunanya itu tidak suka diikuti banyak pengawal. Jadi, dia hanya pasangkan tiga pengawal untuk Jebat.
Jebat berbalik melihat adegan itu. Kening Jebat terangkat. Tidak menyangka begitu banyak ayahnya memasang pengawal secara senyap untuknya.
"Tengku."
Jebat menoleh ke sisi bila dirinya diseru.
"Ah..." Jebat garu pelipis dengan dahi berkerut. Memikirkan sebab dia datang ke sini dengan tiba-tiba.
"Katanya ada orang mahu berjumpa dengan saya di sini. Di mana dia?" tanya Jebat. Dia tahu orang itu pasti bukan calang-calang jika berani mahu bertemu dengannya secara empat mata.
![](https://img.wattpad.com/cover/330619044-288-k184398.jpg)
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮
Romance𝑷𝒓𝒆𝒒𝒖𝒆𝒍 𝒕𝒘𝒐 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝑫𝒊𝒂, 𝑳𝒂𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐉𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐐𝐀𝐒𝐇𝐀𝐅 𝐅𝐓. 𝐀𝐑𝐒𝐘𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐧𝐠𝐭𝐡 Apabila waktu memisahkan, takdir kembali menemukan mereka yang saling men...