Safhana berlari kecil ke kamar majikannya dengan telefon pintar di tangan. Ekspresinya nampak terkejut campur gembira.
"Cik Syana!"
Arsyana yang sedang baring dalam keadaan merawat kulitnya dengan masker dan dua potong timun di mata, terus terbangun. Suara kuat Safhana menyedarkannya dari terlena.
Dua timun itu jatuh ke riba Arsyana dan masker terkopek sikit di wajahnya. Arsyana merapikan semula masker itu.
"Kenapa, Hana?" Arsyana sedaya upaya buka bicara dek kerana maskernya.
Safhana lompat ke ranjang lalu menunjuk skrin telefon pintarnya ke arah Arsyana. Arsyana pincing mata membacanya. Dari awal sampai akhir. Sedang itu, bibir Arsyana perlahan melekuk ke atas.
Habis membacanya, Arsyana menahan mulutnya dari menjerit. Safhana ikut menahan. Akhirnya, dua gadis itu ketawa serentak sambil kedua tangan mereka berpegangan.
"Betulkah?!"
Safhana angguk laju.
"Ya, Cik Syana! Kak Anne bagi ini pagi tadi. Saya baru baca. Ya Allah! Saya tak percaya!" Safhana ketawa seronok. Gembira dengan mesej Anne tentang Arsyana.
Arsyana hanya mampu menahan keterujaannya. Sekarang dia sedang dalam proses merawat kulit wajahnya. Kalau bereaksi berlebihan, habislah maskernya tercabut.
Pesanan yang dihantar Anne adalah Arsyana dijemput ke sebuah hotel ternama untuk lakukan persembahan pianonya. Rezekinya Anne mengatakan bahawa ada golongan raja melihatnya melakukan persembahan itu.
Oh tuhan, itu hal yang pertama kali Arsyana menerima jemputan sebegitu. Dia akan berhadapan dengan golongan diraja.
Arsyana mencabut maskernya bila masa sudah habis untuk memakainya. Arsyana kemudian mengurut wajahnya lembut.
"Raja negara mana kita akan hadap ini, Hana?"
Safhana senyum teruja.
"Queren!"
Arsyana terkedu. Terbeku sejenak sebelum menekup mulutnya. Mata membulat mendengar nama negara itu.
Itu negara yang selalu dia mahu kunjungi tapi tidak pergi-pergi dek kerana kesibukan diri.
Queren adalah negara yang paling aman dan damai dari semua negara. Queren juga terkenal sebagai negara yang ramah rakyatnya dan bijaksana rajanya. Bahkan rekod buruk tidak pernah tercatat dalam Queren. Suci bersih. Sudah tentu Queren sebuah negara yang mengharamkan manusia dicurigai masuk ke dalam negaranya. Itu memungkinkan akan beri impak yang buruk pada negara mereka.
Tambah lagi, Queren sebuah negara yang tercantik di dunia. Apatah lagi pemandangan lautnya. Sangatlah kesukaan Arsyana!
"Yes Queren!" jerit Arsyana dan Safhana serentak sebelum berpelukan dengan tawa mereka.
HARI YANG DINANTIKAN, sudah tiba. Hotel ternama yang dikatakan, ternyata milik sepupu ayahnya. Amaar Riyaz. Tidak sangka hotel sepupu ayahnya akan dicemar duli oleh Raja Queren. Itu pasti satu kehormatan yang tinggi buat pemilik hotel tersebut.
Di bilik persalinan khas untuk Arsyana Marisa, ada Arsyana yang sedang dirias oleh penata rias. Safhana di belakang gadis itu tersenyum-senyum melihat wajah Arsyana yang begitu jelita. Manis benar wajah gadis itu.
Tiba-tiba telefon pintar milik Arsyana berdering minta diangkat. Arsyana terusik akan bunyi itu. Segera Safhana mengangkatnya dan beri pada Arsyana.
Arsyana tegakkan tubuh sambil menjawab panggilan itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮
Romance𝑷𝒓𝒆𝒒𝒖𝒆𝒍 𝒕𝒘𝒐 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝑫𝒊𝒂, 𝑳𝒂𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐉𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐐𝐀𝐒𝐇𝐀𝐅 𝐅𝐓. 𝐀𝐑𝐒𝐘𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐧𝐠𝐭𝐡 Apabila waktu memisahkan, takdir kembali menemukan mereka yang saling men...
