Bunyi ketukan pada pintu utama rumah agamnya, membuat ia buka langkah cepat untuk pergi membukanya. Sebaik dibuka, ekspresinya berubah kaget apabila sosok yang sudah lama berjauhan dengannya berada di depan mata.
"Arsyana?"
Arsyana senyum manis. Dia mara memeluk tubuh ibunya erat. Akania terenyuh. Dibalas pelukan anak gadisnya tanpa ragu.
"Oh, sayang! Mama rindu Syana sangat!" ucap Akania penuh kerinduan. Dikucup berkali tepi kepala Arsyana.
Arsyana senyum menerima ciuman ibunya. Sejujurnya, dia rindu.
Arsyana lepaskan pelukan.
"Mana semua orang?"
Akania senyum hangat.
"Papa ada di atas. Arash keluar ke mana, mama tak tahu. Nanti baliklah itu. Syana duduk sini terus ke?" Akania menanya sambil membawa Arsyana masuk. Barang Arsyana dibiarkan pembantu bawa ke kamar gadis itu.
Arsyana senyum menggeleng.
"Syana tak pasti, mama. Syana akan balik kalau Syana rasa mahu." Kata Arsyana. Dua beranak itu melabuh punggung di sofa yang sama.
Akania jungkit kening. Memiring kepala sedikit ingin melihat jelas wajah Arsyana. Akania perasan jika wajah jelita anak gadisnya tidak ceria seperti selalu.
Akania tarik dagu Arsyana menatapnya. Arsyana tersentak kecil. Melihat mata ibunya. Akania mengangkat sekali lagi keningnya.
"Ada apa? Hm?" suara lemah lembut Akania berjaya menusuk hati Arsyana. Arsyana senyum.
"Tak ada apa, ma."
"Benarkah?" Akania inginkan kepastian. Arsyana angguk.
Akania duduk menghadap anaknya lalu satu tangan hinggap ke kepala sofa. Menongkat kepalanya.
"Mama tahu mesti Syana ada sebab balik ke sini. Tiba-tiba saja."
Arsyana kemam bibir. Melihat ibunya penuh.
"Mama tak suka Syana balik ke?" suaranya seakan berjauh hati. Akania jungkit kedua bahu. Merenung lama anaknya. Mencari sesuatu pada air muka dan isi mata anak gadisnya.
"Naluri seorang ibu takkan pernah salah, Arsyana Marisa." Ucapan Akania sedikit menghentak tangkai hati Arsyana.
Arsyana menghela nafas. Mengalih pandangan dengan fikiran mulai melalang buana. Akania perhati saja tingkah Arsyana.
"Tak mahu kongsi dengan mama? Hm?" Akania capai satu tangan lembut Arsyana. Digenggam. Seakan ingin menyalurkan semangat pada anak gadisnya.
Arsyana menoleh. Menggeleng tersenyum pun ia mara memeluk ibunya. Akania tertawa kecil menyambut pelukan manja Arsyana.
"Dah besar panjang pun nak bermanja lagi."
"Rindu..." Jawab Arsyana. Akania senyum lucu.
Tanpa Akania tahu bahawa mata anak gadisnya berair. Perasaannya berkecamuk dengan jejaka kesayangan yang tidak mahukan dirinya lagi.
"Siapa sayang peluk itu?" satu suara garau yang mencela, mengganggu ketenteraman dua beranak itu.
Serentak, mereka lihat ke arah tangga. Terdapat sosok tegap Ameer berdiri melihat mereka. Ekspresi Ameer tergamam bila wajah jelita anak gadisnya berada di depan mata.
"Arsyana?"
Arsyana sengih comel.
"Papa!" Arsyana bangun lalu menyerang tubuh ayahnya dengan pelukan. Kuat dan mampu buat Ameer termundur beberapa tapak.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮
Romance𝑷𝒓𝒆𝒒𝒖𝒆𝒍 𝒕𝒘𝒐 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝑫𝒊𝒂, 𝑳𝒂𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐉𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐐𝐀𝐒𝐇𝐀𝐅 𝐅𝐓. 𝐀𝐑𝐒𝐘𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐧𝐠𝐭𝐡 Apabila waktu memisahkan, takdir kembali menemukan mereka yang saling men...
