Arsyana tolak pintu rumah kondominium. Safhana di ruang tamu tersentak menonton televisyen menoleh terkejut kerana Arsyana menolak pintu kasar. Dia terbangun.
Lagi kaget apabila belakang Arsyana ada kelibat Jebat.
"Tengku Jebat!" laju Safhana membongkok hormat akan kedatangan Jebat dalam rumah mereka. Arsyana melirik sekilas.
Tas tangan diletak begitu saja ke sofa. Pintu balkoni dituju dan berdiri di sana bersama tangan bercekak pinggang.
"Te... Tengku Jebat ke... kenapa ada di sini?" Safhana terlalu bingung. Tidak pernah-pernah Arsyana sesuka hati membawa lelaki dalam rumah.
Oh tuhan, ini satu perkara yang baru dan sangat mengejutkan.
Jebat melihat sosok isterinya. Melihat Safhana lalu mengukir senyuman nipis. Jebat menyeluk poket balik kot labuhnya. Mengeluarkan kad kredit berwarna hitam yang ada lambang Queren kepada Safhana.
"Ambil ini dan pergilah beli-belah. Saya mahu masa bersama dengan isteri saya sekarang."
Deg!
I... Isteri?!
Membulat sempurna mata Safhana mendengar pernyataan yang cukup buat jantungnya mahu gugur.
Jebat menahan lucu melihat wajah bengong Safhana yang amat menggelikan hati. Ya itu reaksi wajar untuknya. Ramai yang tidak tahu jika putera raja bersama pemain piano terkenal itu sudah bersama dalam ikatan sah.
"Isteri?!" spontan Safhana terjerit. Laju dia menekup mulut kerana sedar dengan perlakuan lancangnya kepada putera itu.
Jebat senyum kecil.
"Ya. Pergilah."
Safhana menelan liur. Melihat lama kad kredit itu. Begitu segan dia mahu ambil. Apatah lagi kad ini pemiliknya bukan sembarang orang.
Anak putera raja Queren!
"Ambillah, Hana." Suara Arsyana menerjah seiring gadis itu berbalik melihat Safhana. Sorot datar matanya dengan ekspresi tiada sebarang emosi.
Safhana gelagapan. Mengerjap bengong.
"Ah ayolah! Jangan buat muka begitu. Orang bagi, ambil saja!" Arsyana bengang. Kad itu dirampas lalu dihentak perlahan ke dada Safhana.
"Se... Serius?"
"Mahu aku teriak baru kau mengerti?" Arsyana angkat kening tinggi. Jebat melihat isterinya tak berkelip.
Tunggu. Kenapa isterinya berbahasa seperti itu?
Eh. Kan memang darahnya turun dari Arkan yang nyatanya mempunya kacukan Indo Malaysian.
"Ah baik-baik. Sa... Saya pergi dulu." Safhana berlalu ke kamar dengan hati penuh segan untuk menggunakan kad itu.
Baiklah. Cara selamat agar dia tidak ditanyakan ketika membeli-belah nanti, kad ini tak perlu digunakan. Akhirnya Safhana buat keputusan untuk ke kafe.
Dia keluar dari kamar setelah usai bersiap. Safhana melihat Jebat yang seperti memujuk Arsyana tetapi Arsyana tetap saja dengan wajah tidak peduli.
Safhana hela nafas. Semoga saja hubungan pasangan itu menjadi aman dan baik. Tak mahu mengganggu, Safhana keluar dari kondo.
Arsyana merengus kasar sebelum menuju ke kamar. Tubuh rasa panas dengan pertelingkahan kecil mereka. Ini yang dia benci. Hati merindukan si suami tapi mulut mengingkar.
"Aku cakap dengan isteri aku sekarang ini. Ana..." Jebat mengikut langkah isterinya. Arsyana tidak peduli.
Ubat penenang di dalam laci kabinet sisi katil diambil lalu dibuka. Dikeluarkan dua biji untuk ditelan. Baru saja mahu masuk ke dalam mulut, ada satu tangan menepis kasar dengan geraman rendah.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮
Romance𝑷𝒓𝒆𝒒𝒖𝒆𝒍 𝒕𝒘𝒐 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝑫𝒊𝒂, 𝑳𝒂𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐉𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐐𝐀𝐒𝐇𝐀𝐅 𝐅𝐓. 𝐀𝐑𝐒𝐘𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐧𝐠𝐭𝐡 Apabila waktu memisahkan, takdir kembali menemukan mereka yang saling men...
