🔱 BAB 5 : He Wants Her To Stay

6K 891 56
                                    

Jebat mengalih pandangan lalu berbalik untuk pergi. Tidak peduli dengan perasaan Arsyana yang kecewa dengan pengakuannya.

"Mari masuk. Kau belum sarapan lagi. Aku tahu."

"Awak pergilah. Saya tak ada selera." Arsyana menjawab tanpa melihat Jebat. Memandang pemandangan di depan dengan perasaan berkecamuk.

Entah kenapa air mata sialannya berkumpul di tubir mata.

Langkah Jebat berhenti. Kembali melihat Arsyana lalu mendepani gadis itu. Sipit matanya tajam.

"Jangan degil. Kau tetamu istana ini. Aku tak nak pula kau komen Queren buruk dengan melayan tetamu mereka. Masuk!" penuh tegas suara Jebat. Menekan dengan ekspresi dingin.

Arsyana diam seketika. Cukup lama sebelum dia menoleh dan mendongak melihat Jebat.

"Betulkah saya tetamu Queren?"

Hening.

Hanya mata yang bertemu seakan dalamnya berbicara. Melawan perasaan yang menggebu di dada masing-masing.

Arsyana senyum miris. Mengangguk samar sebelum kakinya melangkah meninggalkan Jebat yang membisu.

Jebat berdecak. Meraup rambutnya ke belakang dengan satu tangan lagi mencekak pinggang. Melihat sosok Arsyana sekilas, kaki bergerak menuju ke arah Arsyana dengan langkah besar.

Arsyana tersentak apabila tangannya tiba-tiba di dalam genggaman seseorang. Mendongak, ternyata Jebat. Arsyana terkelu.

"Apa maksud ini?"

Jebat melirik sekilas. Terus melangkah dengan tangan kecil Arsyana dalam genggaman tangan besarnya. Tak kuat tapi genggamannya cukup penuh erti. Seperti terselitnya rasa jejaka itu pada gadis kesayangan.

Arsyana melihat tak lepas sisi wajah Jebat. Tertanya dengan tingkah jejaka itu.

Mata Arsyana turun pada tangan mereka. Sudut bibirnya melekuk. Dengan perlahan, tangan satu laginya memaut lengan Jebat lalu menempel kepalanya ke bahu lebar keras milik Jebat.

Anehnya jejaka itu tidak menolak. Ia malah mengeratkan genggaman tangan mereka.

Sebenarnya apa perasaan jejaka itu padanya?

Tiba mereka di ruang santap, Jebat melepaskan tangan mereka kerana ada keluarganya di situ. Arsyana melihat Jebat yang duduk di sisi kiri paling hadapan. Arsyana berjalan menuju ke kerusi makan belah kanan.

Malangnya ia tidak berdepan dengan jejaka itu.

Di sisi Arsyana, ada sosok Leyara. Melihat dirinya tajam seakan mangsa. Arsyana sekadar senyum nipis. Leyara rengus meluat.

Arsyana beralih melihat Jebat. Jejaka itu sedang fokus berbual dengan Raja Dhawiy.

"Cik mahu apa?" tanya pembantu istana yang berdiri di belakang kerusi Arsyana. Siap melayan.

Arsyana tersentak. Dia ukir senyuman.

"Roti bakar saja."

"Baik, cik."

"Cik nak jem apa? Ada strawberi dengan kacang."

"Ka..."

"Dia alergik kacang. Beri saja strawberi."

Semua mata memandang ke arah Jebat. Jejaka itu melihat Arsyana sekilas sebelum meneguk airnya. Pembantu itu terdiam seketika sebelum dengan senyuman aneh, ia sapukan jem strawberi ke permukaan roti bakar.

Raja Dhawiy dan Ratu Jeliana berpandangan dengan senyuman penuh erti. Kata Jebat yang tiba-tiba mengundang rasa dalam hati mereka.

Seakan rasa anak mereka ada hubungan dengan pemain piano terkenal itu.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮Where stories live. Discover now