🔱 BAB 24 : He Will Not Leave Her

5.6K 901 19
                                    

Sebuah kereta mewah berjendela gelap membelah jalan raya berikutan tiga buah lagi kereta pengawal diraja untuk mengiringi kepulangan putera mereka ke istana Queren.

Jebat di dalam kereta, tunduk bermain telefon pintarnya dengan saling berbalas mesej bersama isterinya. Sedikit bibirnya tersungging dengan kegiatannya bersama si isteri.

Jebat hela nafas. Baru saja tinggal tak sampai sehari, sudah rasa rindu kepada wanitanya. Diharapnya urusan itu secepat mungkin dijalankan. Tidak sabar membawa Arsyana pulang ke istana.

Jebat matikan telefon pintar bila isterinya memberitahu ingin bersiap melatih diri dengan piano bersama rakan muzik yang lain.

Dalam diam, Jebat memasang beberapa pengawal keselamatan untuk isterinya. Jika sebelum ini dia tahu pengawal Arkan yang menjaga Arsyana dari jauh, kini gilirannya pula menjaga wanita itu melalui pengawalnya.

Jebat tidak mahu buat isterinya tidak selesa kerana setiap masa diiringi oleh pengawal. Jadi, dia pasang pengawal untuk jaga Arsyana dalam diam dan mengawasi segala tindakan Arsyana di luar.

Katakan saja dia suami yang peka dan berguna kepada isterinya. Soalnya memang dari awal dia ingin lakukan itu kepada Arsyana tetapi selalu masa menghalang dan bahaya mengancam diri.

Ya terdengar alasan tak berguna tapi itu nyatanya.

Jebat rebah kepala ke kerusi penumpang lalu memejam mata.

Bang!

Mata Jebat kontan tercelik luas bila satu bunyi sangat asing dan kuat menendang pendengarannya. Tubuh Jebat menegak dan menoleh belakang.

"Tengku! Tengku tak apa-apa?!" Nasir melihat Jebat di belakang. Memandangkan dia duduk bersama pemandu.

"Aku okey. Apa benda tadi itu?!" Jebat menanya. Ekspresinya tegang.

Baru saja Nasir hendak menjawab, tiba-tiba alat pendengarannya diterjah suara Nufail. Suara Nufail kuat dan lantang.

"Nasir! Lindungi tengku. Kita diserang!"

"Apa?! Siapa serang? Kau dapat pastikan?"

Jebat terdiam. Diserang? Siapa menyerangnya?

"Aku tak tahu. Tiba-tiba saja mereka datang serang kereta belakang. Sekarang, kau fokus saja pada tengku. Biar kami uruskan di belakang ini!"

Nasir lantas menyuruh pemandu percepatkan pemanduan. Pemandu tekan minyak kuat dan kereta itu semakin memecut membelah jalan raya. Memotong semua kereta yang menghalangnya.

"Hati-hati, Nasir. Aku baru dapat tahu mereka mahukan tengku!"

"Tengku?" Nasir kaget. Melihat Jebat yang turut melihatnya. Nafas Jebat terengah berat. Jantungnya seperti mahu meledak.

Bang! Bang! Bang!

"Fuck!" umpat Jebat bila tembakan semakin dilepaskan pada keretanya.

"Lindungi diri tengku. Biar saya lawan mereka!"

"Sialan. Kau fikir aku budak-budak? Ini lagi satu, nak main tembak-tembak jangan di sini, dasar bodoh." Jebat terlalu emosi.

Dengan geraman rendah, Jebat tolak kerusi penumpang di sebelahnya ke belakang lalu terpampang pelbagai senjata api yang terletak di situ. Yang pasti sangat berguna untuk Jebat.

Mata Nasir melotot sekalian ternganga luas melihat itu. Oh tuhan, dia tidak pernah tahu akan kewujudan senjata itu dalam kereta ini!

Nasir melihat Jebat pegun. Jejaka itu melonggarkan tali leher kasar. Kaca jendela diturunkan. Pistol jenis QSZ-92 diambil. Tubuh dikeluarkan separuh dari jendela.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮Where stories live. Discover now