Cuaca pada pagi ini sangat membaik tapi tidak suasana hati seorang jejaka berdarah raja yang kini jejak kaki ke KLIA untuk pulang semula ke negara asal. Setelah lama di Malaysia untuk hambat semula hati si gadis pujaan hati, dia pulang kembali dengan harapan punah.
Namun, itu bukanlah kunci untuk dia mengalah. Dia ingin beri ruang kepada gadis kesayangan untuk bersendiri. Setelah itu, dia akan datang kembali untuk memiliki Arsyana.
Itu tekadnya dan itu janjinya.
"Tengku." Seru Nasir bila puteranya terlihat dalam dunia sendiri. Jebat tersedar. Baru dia dengar jika penerbangannya sudah tiba.
Jebat bangun dari duduk. Nasir membawa bagasi pakaian Jebat.
Baru dua tapak Jebat melangkah, Jebat berpaling. Ingin lihat adakah Arsyana datang mahu menahannya tapi itu hanya sebuah angan.
Jebat hela nafas. Kembali dia jalan ke pelepasan.
Masuk saja Jebat ke dalam pesawat, Jebat duduk lalu melihat luar yang menghamparkan banyak pesawat untuk membawa manusia naik ke awan. Jebat buang nafas.
Kepala bersandar lalu menyipit mata melihat pemandangan itu.
"Ana..."
Tak semena fikiran menuju ke arah pesanan Ameer kepadanya.
SUASANA RUANG TAMU rumah agam Ameer hening dan rasanya sengit kerana tatapan Ameer kepada putera raja itu. Jebat yang duduk di sofa tunggal kedua di seberang Ameer menunduk. Memikirkan ayat apa dia harus gunakan dan dari mana dia harus mulakan.
"Syana masih tidur. Jadi, jangan fikirkan dia marah akan kedatangan kamu pada pagi ini." Ameer bersuara memecahkan suasana sunyi antara mereka.
Jejaka tua itu menyisip kopi panas yang dihidangkan isterinya 10 minit lalu. Jebat angguk. Syukurlah Arsyana tidak ada. Dengan itu, dia bisa bercakap dengan tenang bersama Ameer.
Dia ingin lepaskan semuanya kepada Ameer dan ingin beritahu perasaannya terhadap Arsyana kepada Ameer.
"Hari ini Jebat akan pulang ke Queren semula." Kata Jebat.
Ameer diam sejenak. Memandang Jebat lama sebelum mengangguk samar.
"Uncle..."
Ameer terus memandang Jebat sebagai sahutan panggilan itu. Jejaka itu siap menunggu apa yang ingin Jebat bicarakan.
"Saya cintakan Ana."
Jebat melihat tanpa gentar wajah tua Ameer yang masih kelihatan tampan. Ameer tak memberi jawapan. Seakan biarkan Jebat terus bicara.
"Saya sayang Ana."
Ameer angguk bersahaja.
Jebat kemudian menggigit bibir untuk tenangkan diri.
"Saya banyak buat salah pada Ana. Saya banyak sakitkan hati Ana. Saya hina status keturunan Ana. Saya dah kecewakan Ana melalui bicara kejam saya. Terlalu banyak salah saya pada Ana, uncle."
Ameer tetap diam. Khusyuk mendengar. Jebat menunduk sekilas. Membuang nafas kerana dada rasa sesak.
"Saya nak minta maaf pada uncle sebab saya banyak lukakan hati anak uncle. Saya tahu soal keturunan pada dia sangat sensitif sebab kelahiran bukan dari darah yang... suci..." Sekilas Jebat melihat reaksi Ameer. Ameer sepertinya sedikit terhenyak dengan bicara akhir Jebat.
Bagaimanapun Ameer tetap tenang mendengar.
"Tapi uncle, saya dah menyesal atas apa saya buat pada Ana. Saya benar-benar menyesal. Saya rasa bodoh dengan apa saya buat pada Ana. Saya terima hukuman dari uncle. Saya siap, uncle. Marah sepuas uncle jika itu mampu tenangkan hati uncle,"
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮
Romance𝑷𝒓𝒆𝒒𝒖𝒆𝒍 𝒕𝒘𝒐 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝑫𝒊𝒂, 𝑳𝒂𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐉𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐐𝐀𝐒𝐇𝐀𝐅 𝐅𝐓. 𝐀𝐑𝐒𝐘𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐧𝐠𝐭𝐡 Apabila waktu memisahkan, takdir kembali menemukan mereka yang saling men...