🔱 BAB 11 : He's Regret but Didn't Fall

4.8K 901 20
                                    

Pintu kamar ditolak perlahan lalu melangkah masuk. Tudung hoodie diturunkan. Buket bunga di tangannya, dilihat lama. Seketika, nafas dihembus berat.

Jejaka itu meletaknya di kabinet sisi katil. Melabuh punggung di ranjang. Jejaka itu kembali melihat bunga itu. Rasanya nyeri dan sesak bila menerima kenyataan bahawa semuanya tidak jadi seperti dulu.

Jejaka itu menyugar penuh rambutnya dengan mata memerah.

"Tengku."

Tiba-tiba satu suara garau memanggilnya. Jejaka itu tidak melihatnya kerana berasa tiada tenaga untuk bersuara sama sekali.

"Keluar. Aku mahu sendiri." Berat perlahan nada jejaka itu menyuruh pengawalnya keluar dari kamar.

Pengawal itu mengangguk akur. Dia keluar menutup pintu membiarkan putera mahkotanya sendiri.

Halkum tajam milik Jebat bergerak-gerak menelan liur. Rasanya mahu berteriak ingin keluarkan segalanya di hati.

Tubuh Jebat rebah ke tengah ranjang. Merenung siling kamar dengan satu tangan di dahi. Membuang nafas pun ia perlahan memejam mata. Cuba menepikan rasa yang menggunung.

Cuma berharap semuanya berubah seperti dahulu

Tidak lama itu, Jebat tiba-tiba bangun dari rebahannya. Telefon pintar dikeluarkan. Dia ingin hubungi seseorang yang telah dia sakiti perasaannya. Jebat bangun sembari menghubungi gerangan itu.

Yang penting bukan Arsyana.

Jebat keluar ke balkoni kamar hotel. Menghirup udara segar berharap kondisi hatinya baik. Jebat genggam palang besi balkoni. Bergerak tak keruan anak mata menunggu gerangan di sana mengangkat panggilannya.

Dia harus perbaiki semuanya. Ini salahnya dan dia harus usaikan ini dengan secepat mungkin. Dia tidak mungkin mampu terus menahan perasaannya.

Gemuruh hebat, Jebat menelan liur bila panggilan sudah diangkat. Tiada sebarang suara di sana.

Hening.

Seakan gerangan itu enggan mahu bersuara dengannya.

Dia harus panggil apa?

Sedangkan selama ini dia berkurang ajar dengan sosok itu dan sudah begitu lama tidak bersua muka.

Jebat pejam mata sesaat. Mendadak dadanya sesak nyeri dan nafas tersekat untuk dihembus. Oh tuhan, tolong kuatkan hatinya.

"Uncle..." Jebat semakin gemuruh. Gementaran pun gugup tinggi.

Sungguh ini pertama kali putera mahkota Queren mendapatkan sebuah perasaan yang begitu kacau seperti saat ini. Menghadap seorang jejaka yang bergelar ayah kepada gadis pujaan hati.

Tak terasa mata Jebat memerah dan dahi berkerut tipis hampir tak terlihat kerana mengenangkan kesalahan fatalnya.

"Jebat..." Jebat kelu. Lidahnya seperti batu untuk meneruskan kata. Bahkan dadanya sesak hebat dan benar-benar nyeri.

Sialan. Tidak bolehkah dia bertenang dan menjadi selayaknya seorang jejaka yang mahukan perempuan dambaan dari ayah perempuan dambaannya?

"Apa tengku mahkota inginkan dari saya ya?"

Jebat gigit bibir kuat mendengar suara sang ayah kepada gadis pujaan hati. Kedengaran tidak peduli.

"Uncle, Jebat minta maaf..."

Oh sial. Air mata jantannya ingin mengalir.

"Jebat benar-benar minta maaf, uncle. Jebat salah..."

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮Where stories live. Discover now