🔱 BAB 7 : He Cried Because of Her

6.2K 1K 62
                                    

Sebuah kereta mewah berhenti di hadapan bangunan kondominium. Tidak lama, keluarnya satu kaki berkasut tumit hitam sehinggalah pemilik kasut bertumit itu keluar menunjukkan diri.

Terserlah wajahnya yang cukup jelita dan pakaiannya mewah berkelas. Hanya gaun hitam paras bawah paha dan rambut diikat kuda.

Wanita itu mendongak melihat bangunan kondo sembari melepas kaca mata hitamnya. Kemudian, wanita itu berbalik melihat pemandunya. Wanita itu ukir senyuman manis.

"Saya akan telefon bae kalau saya dah selesai ya? Jaga anak baik-baik." Bellona beri ciuman terbang kepada suaminya yang menghela nafas.

Hilas angguk.

"Okey. Take care, darling."

Bellona angguk lalu melambai suaminya. Hilas mula bergerak meninggalkan perkarangan bangunan kondominium. Meninggalkan isteri jelitanya sendiri.

Bellona berbalik. Hembus nafas pun Bellona membuka langkah.

Safhana letak pinggan yang berisi nasi goreng ke meja makan. Dia tersentak apabila loceng rumah kedengaran. Safhana menengok ke arah Arsyana yang duduk di luar beranda kondo.

Safhana menuju ke pintu utama untuk membukanya. Safhana tersenyum bila sosok Bellona menyapa pandangannya.

"Hai." Sapa Bellona.

"Hai! Masuklah. Cik Syana ada di dalam." Safhana memberi ruang pada Bellona untuk masuk. Bellona senyum angguk. Ditanggal kasutnya lalu masuk.

Melihat ruangan kondo rakannya sambil mencari kelibat Arsyana.

"Di mana dia?" tanya Bellona. Melihat Safhana di sisinya.

"Cik Syana di balkoni. Pergilah."

Bellona angguk. Melihat ke balkoni. Benar kata Safhana. Ada Arsyana di sana. Seakan dilema sendiri. Dalam hati, Bellona mengeluh sendiri setelah mengetahui apa yang terjadi pada rakannya itu.

"Beri kami ruang sebentar."

"Baik, Kak Bell."

Safhana mundur diri memberi ruang Bellona bersama Arsyana yang masih dalam dunianya. Bellona letak tas tangannya ke meja ruang tamu sambil mata tak lepas ke arah Arsyana.

"Jauh termenung. Fikirkan apa?"

Arsyana terkejut dan serentak itu ia kesat air mata yang membasahi pipinya. Bellona yang perasankan itu, tergemap.

"You menangis?!" Bellona mendekat. Memegang bahu Arsyana lalu dibawa melihatnya tepat.

Arsyana ketawa parau. Masih lagi kesat air matanya.

"Mana adalah. Mata saya masuk habuk." Jawab Arsyana. Sangatlah lapuk balasannya dan tentu saja Bellona tidak percayakan itu.

Bellona merenung wajah sembab Arsyana lama. Lalu, dia mengeluh. Memeluk tubuh pun mundur setapak. Ekspresinya berubah serius.

"I tahu apa you rasa sekarang, Arsyana." Suara lembut Bellona berjaya memagut sebak yang mendalam di hati Arsyana.

Arsyana buang pandangan ke bandar metropolitan yang indah dihiasi bangunan-bangunan tinggi.

"You dah jelaskan semuanya pada I. Hana juga ada beritahu I kalau sekarang you asyik makan ubat tidur. Arsyana..." Bellona menjelaskan keadaan lalu menyeru gadis itu lemah.

Arsyana sedaya upaya menahan tangisnya. Tidak henti tangan naik mengesat air mata yang sialnya tak mahu berhenti. Bodoh memang.

"You masih tak puas menangis..."

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮Where stories live. Discover now