🔱 BAB 13 : Screaming In The Rain

5.1K 965 23
                                    

Suasana ruang tamu kondo hening hanya ditemani bunyi hujan di luar. Safhana yang kasihan kepada Jebat dan Arsyana melihat kosong ke arah Jebat.

Safhana melihat Arsyana.

"Cik Syana, hujan semakin lebat. Kasihanlah Tengku Jebat, Cik Syana."

Arsyana diam. Safhana hela nafas lalu sentuh lengan Arsyana. Arsyana menoleh. Safhana buat wajah simpati. Arsyana sengih getir.

"Kenapa harus saya?"

Safhana bingung.

"Maksud Cik Syana?"

Kembali Jebat dilihat Arsyana. Jejaka itu sepertinya tidak mengalah terus berdiri di tengah hujan begini.

"Dia tak mahukan saya pun, Hana." Perlahan nada Arsyana. Safhana ketap bibir.

"Tapi sekarang..."

"Ini bukan apa-apa. Mungkin dia hanya mahu bermain."

"Cik Syana, sedarlah. Meski saya tak tahu apa kesalahan Tengku Jebat, Cik Syana jangan seksa Tengku Jebat macam ini."

Arsyana menggeleng samar.

"Awak tak tahu kata-kata kejam dia masih terlekat di hati saya. Saya tak boleh lupa, Hana." Kata Arsyana keras. Giginya terketap dan tatapan menajam.

Safhana terenyuh. Bahu Arsyana diusapnya.

"Saya tahu Cik Syana sebenarnya tak mahu lihat keadaan Tengku Jebat macam ini kan?"

Arsyana melirik kecil nan resah.

"Cik Syana masih ada rasa cinta kepada Tengku Jebat tapi rasa ego dan marah mengatasinya."

"Semarah apa pun Cik Syana, mesti perasaan cinta itu akan mengalahkan semuanya. Betul tak, Cik Syana?" Safhana melihat dalam sisi wajah Arsyana.

Arsyana kepal penumbuk. Tidak. Dia tidak boleh termakan dengan bicara Safhana.

"Saya tahu Cik Syana cuba tahan diri. Mengalahlah walau sekali. Itu tidak merugikan apa-apa. Jika Cik Syana merasa ini tak adil, saya faham. Tapi Cik Syana, setidaknya Tengku Jebat sedar kesilapannya dari biarkan saja Cik Syana terus terluka dengan perbuatannya."

"Diam, Hana." Arsyana menoleh melihat Safhana. Safhana menunduk. Takut bicaranya buat Arsyana terasa.

Dia sudah terasa

"Saya minta maaf, Cik Syana. Saya tak berniat..."

Belum sempat Safhana mahu habiskan ayatnya, Arsyana tiba-tiba berbalik menuju ke kamar dengan langkah pantas. Safhana terpinga lalu mengerjap. Kemudiannya, ia mengukir senyuman.

Dia berjaya.

Arsyana kembali keluar dari kamar dengan tubuh berkot labuh dan bertudung litup tapi hanya lilitan biasa. Arsyana ke rak yang berdekatan dengan pintu mengambil payung.

"Cik Syana nak ke mana hujan-hujan ini?" Safhana buat-buat tanya. Arsyana melirik Safhana sekilas sebelum keluar tanpa kata.

Safhana tertawa perlahan.

Ternyata bicaranya berjaya buat majikannya luluh. Mungkin setelah ini, dia harus melakukannya lagi.

Entahlah. Dia tidak suka hubungan majikannya bersama putera raja itu berantakan seperti ini.

Safhana hembus nafas. Kembali dia lihat ke luar jendela. Melihat Jebat dengan berharap.

"Semoga saja berhasil." Kau mengharapkan hal yang mustahil, Hana.

ARSYANA KELUAR DARI lif. Payung dibuka lalu berlari kecil ke perkarangan kondo. Mata melilau mencari kelibat Jebat. Tak sengaja mata tertacap ke arah Jebat yang berdiri tidak jauh darinya.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮Where stories live. Discover now