🔱 BAB 9 : Miss but In Pain

6.1K 1K 88
                                    

Tengku Firah mengetuk pintu kamar adiknya. Namun, tiada sebarang balasan. Tengku Firah menghela nafas. Sejak akhir-akhir ini, Jebat sering berkurung dalam kamar tanpa melakukan sebarang aktiviti di luar.

Tengku Firah memulas tombol pintu lalu ditolak sedikit luas. Terpampang sosok Jebat yang duduk di sudut kamar. Membelakanginya dengan keadaan sedang melukis sesuatu di kanvas.

Jejaka itu hanya berseluar tanpa baju menutup badan kekarnya.

Tengku Firah masuk. Mengintip apa yang dilakukan adiknya. Seketika, Tengku Firah terdiam bila yang dilukis Jebat itu...

Arsyana Marisa.

Tengku Firah meliarkan mata ke sekeliling kamar Jebat. Oh! Di dinding hadapan Jebat ada beberapa kanvas yang menggambarkan Arsyana dengan pelbagai posisi.

Ternyata jejaka itu berkurung kerana sedang melukis sosok gadis kesayangan.

Tengku Firah duduk di ranjang. Melihat Jebat yang masih tidak sedar akan kehadirannya.

"Apa yang kau dapat lukis ini, Jebat?"

Suara Tengku Firah berjaya hentikan tangan Jebat dari mewarna. Jebat tidak menoleh melihat kakaknya.

"Hilang rindu."

Tengku Firah kontan berdecih. Terasa lucu dengan jawapan Jebat.

"Sedangkan orang sana sudah tawar hati."

Jebat diam. Menelan kata itu dengan payah. Dia tahu itu.

"Inilah lelaki. Masa mula-mula tak nak hargai, akhir-akhir baru nak menangis seperti hilang bini. Kenapa kau jadi adik aku, Jebat? Aku hampir tak mengaku kau adik aku."

Jebat sambung mewarna. Fokus iris kuning keemasan itu. Tak mahu hasilnya comot.

"Kau kalau tak ada nak cakap, sila berhambus. Aku tak perlukan motivasi kau."

"Berlagak. Itulah yang ada dalam diri kau. Bodoh sombong."

Jebat berhenti sekali lagi. Menolak lidah ke isi pipi lalu menggigit bibir. Menoleh melihat kakaknya. Terserlah wajahnya yang comot dengan warna air dan arang.

Tengku Firah kemam bibir menahan gelak melihat itu.

"Sila berhambus dari bilik aku." Tekan Jebat menahan marah. Tengku Firah mencebik.

"Aku datang nak tengok kau saja. Mana tahu dah masuk alam sebelah." Sinis Tengku Firah. Jebat pejam mata. Cuba tidak hamburkan emosi.

"Keluar." Jebat tatap kakaknya dingin. Tengku Firah berdecak sebelum bangun. Keluar dari kamar.

"Kasihan kena buang!" sempat Tengku Firah mengejek.

Jebat bangun lalu menutup pintu kasar pun kuat. Menggemakan ruang kamar itu. Jebat kembali duduk. Mengambil kasar papan yang diletak dengan warna air.

Kerana emosi masih ada, dia melakukan dengan kasar warnanya. Merasa sudah tak terkendali, Jebat meletak kasar papan warna itu ke meja bulat di sebelahnya.

Jebat meraup wajah sambil membuang nafas kasar.

"Fuck!" carut Jebat tertahan. Dia bangun lalu rebah ke ranjang. Menatap siling dengan isi mata redup dan teduh.

Otak terus diterjah dengan wajah gadis kegemaran. Jebat pejam mata sembari menelan liur kesat.

"God! I miss you so much, Ana..."

Di saat itu, penyesalan hadir tanpa diminta.

AKANIA MASUK KE dalam kamar setelah habis menangis di dapur kerana mendengar bicara Arsyana yang cukup menyakitkan. Tetapi, Akania dibuat pegun berdiri di muka pintu.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮Where stories live. Discover now