Arkan menolak pintu kamar anak dan menantunya. Jejaka tua itu melihat ruang kamar itu sebelum dengan langkah longlai, menuju ke ranjang. Meletak kot hitamnya di sisi.
Mata Arkan tak sengaja tertacap ke bingkai gambar sederhana kecil yang menunjukkan gambar perkahwinan arwah Ameer dan Akania.
Hah. Arwah.
Satu perkataan berjaya mengoyak hatinya.
Arkan mengambil bingkai gambar itu. Kelihatan anaknya di situ agak kekok bergambar dengan menantunya. Arkan tunduk mengusap kaca bingkai gambar. Tak semena pandangan kabur dengan air mata. Dagu Arkan bergetar.
"Terlalu awal kamu pergi, Kania, Ameer."
Jatuh air mata Arkan. Menjatuhkan dahinya ke bingkai gambar itu. Tak mampu menahan, Arkan hamburkan tangisan sayunya.
"Ya Allah..." Arkan teresak kecil. Begitu sesak dadanya menerima hakikat bahawa anak menantu dan cucunya sudah pergi menghadap ilahi.
Sekarang, dia hanya punya Kayzania dan Arsyana.
Arkan tekan kedua mata menahan air mata dari terus jatuh. Uratnya sampai menimbul kerana terlalu keras menahan diri dari tidak jatuh akan kepergian anak menantu dan cucunya.
Merasa sedikit tenang, Arkan kesat air mata. Memerah mata jejaka tua itu kerana menangis terlalu keras.
Arkan menatap wajah arwah menantunya. Ameer.
"Ameer, ayah akan jaga Arsyana sebaik mungkin. Pergilah dengan tenang, nak. Ayah redha." Perit rasanya mahu melepaskan orang yang terpenting dalam hidup. Namun, Arkan harus menerima itu.
Dia bukan tuhan untuk hidupkan mereka kembali. Dia bukan dewa. Dia hanyalah manusia biasa yang juga bakal mati.
"Abang..."
Arkan panggung kepala. Terserlah wajahnya yang lencun dengan air mata. Jejaka tua itu makin sedih bila wajah isterinya terpampang.
"Kay." Kembali Arkan tunduk menekan kedua mata. Terhinjut bahu kekar Arkan kerana menangis.
Biarlah. Biarlah dia menangis sepuas hati hari ini. Setidaknya di hari lain nanti dia biasa menerima dan kuat. Menerima bahawa tiada kehidupan arwah Ameer, Akania dan Arash di dunia ini.
Kayzania menahan air mata. Kayzania labuhkan punggung di sisi Arkan. Lalu, memeluk lengan suaminya dan kepala rebah ke bahu suaminya.
"Menangis sepuas abang jika itu mampu buat abang kuat selepas ini." Tenggelam timbul suara Kayzania di telinga Arkan.
Dan saat itu, Arkan menangis sepuas-puasnya. Kayzania berubah posisi memeluk suaminya. Merasai cengkaman di belakang badannya dan tubuh itu menggigil. Kayzania pejam mata membiarkan air mata mengalir. Mengusap belakang badan suaminya.
Jika seminggu lalu dia yang menangis tidak henti akan kepergian Ameer, Akania dan Arash, pada hari ini biarlah giliran Arkan melepaskannya.
Kayzania tahu, suaminya sudah cukup lama menahan.
Sementara di kamar yang didiami oleh cucu perempuan mereka, ada sosok seorang gadis yang bertiarap tiada semangat di tengah-tengah ranjang. Di tangan gadis itu ada satu botol ubat tidur.
Mata Arsyana terkelip lemah dan bibir pucat kering itu bergerak tiada suara. Melihat langit gelap di luar beranda kamarnya. Merasai angin malam yang masuk ke dalam kamar.
"Hah..." Arsyana bernafas berat.
Seminggu sudah tiada kelibat arwah ayah, ibu dan adiknya membuat hidupnya benar-benar kosong dan seperti hidup di dalam gua. Seperti dunianya hancur lebur dan gelap serta-merta.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮
Romantizm𝑷𝒓𝒆𝒒𝒖𝒆𝒍 𝒕𝒘𝒐 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝑫𝒊𝒂, 𝑳𝒂𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐉𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐐𝐀𝐒𝐇𝐀𝐅 𝐅𝐓. 𝐀𝐑𝐒𝐘𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐧𝐠𝐭𝐡 Apabila waktu memisahkan, takdir kembali menemukan mereka yang saling men...
