Tenang dan damai seisi dewan Hotel Palarez Dolce dengan alunan muzik yang mengasyikkan. Sesetengah para tetamu ke lantai dansa menari bersama pasangan masing-masing.
Termasuk Arsyana dan Jebat tetapi mereka tidak bersama. Tentu dengan pasangan masing-masing.
Jebat yang menari bersama Juwita melirik tidak lepas ke arah Arsyana yang kelihatan gembira bersama Haikal. Entah apa yang kelakar dia tidak tahu.
Pokok pangkalnya dia benci akan pandangan ini!
Jebat menolak lidah kasar ke pipi dengan tatapan semakin tajam dan mencengkam. Juwita tidak perasankan hal itu kerana memikirkan keseronokan bersama putera raja itu.
Namun, jangan fikirkan bahawa Arsyana tidak tergugat akan pandangan itu tetapi dia berusaha mengelakkan diri dari bertatapan mata dengan Jebat. Dia tahu, Jebat sedang makan hati dengan perbuatannya.
Tapi masa bodoh dia tidak peduli.
Dalam menari, Jebat mengambil kesempatan dengan menari sedikit dekat dengan Haikal dan Arsyana.
"Hei, mahu bertukar?" sapa Jebat dengan senyuman tampan. Juwita terkejut.
Haikal dan Arsyana menoleh.
"Sure, tengku!" dengan senang hati Haikal menukar Arsyana dengan Juwita.
Tanpa menunggu balasan Arsyana mahupun pendapat Juwita, mereka sudah bertukar pasangan. Arsyana menyumpah Haikal mati-matian. Tatapan tajam Arsyana berikan kepada Haikal tetapi Haikal hanya beri senyuman manisnya.
Arsyana jengkel dengan senyuman itu.
"We meet again, princess."
Arsyana mengalih pandangan dan mendongak menatap wajah tampan seksi milik Jebat. Arsyana jatuhkan pandangan. Tidak bersahabat langsung wajahnya.
"I'm not your princess."
"Oh I'm sorry! My queen." Jebat senyum menggoda.
Ekspresi Arsyana mendatar. Walau sejujurnya dia termakan dengan ayat manis itu.
"I miss you." Luah Jebat. Hampir seminggu tidak bersua muka setelah kejadian hujan malam itu, Arsyana langsung menghilang. Gadis itu benar-benar mahu mengelak darinya.
Hah. Itu bukan tiket untuk dia mengalah dari mendapatkan Arsyana kembali.
"Sayangnya saya tidak." Arsyana membalas. Jebat angguk samar. Rengkuhan di pinggang Arsyana dieratkan.
Dia tahu ini salah tapi dia tidak peduli.
"Forgive me." Ucap Jebat berbisik. Sekali lagi Arsyana mendongak menatap Jebat. Sudut bibir Arsyana ternaik.
"You what?"
"Forgive me."
Arsyana tertawa rendah. Sinikal dan mengejek.
"Susah untuk saya maafkan, Jebat. Semua yang awak katakan masih berparut di hati saya."
Jebat mengulum bibirnya seketika.
"I'm in love with you. I love you. I miss you. I want hug you. I want see your beautiful smile. Everything about you, sayang."
"You're the one of my life. I'm serious."
Arsyana mengerjap kecil sembari senyum nanar. Percaya? Entahlah. Meskipun dia mencintai Jebat tetapi dia tidak akan jatuh lagi di hadapan jejaka itu. Dia harus buktikan bahawa dirinya bisa seorang diri tanpa kehadiran Jebat.
"Where?"
"Where is it?" tanya Arsyana sekali lagi mengundang rasa hairan Jebat.
"Di mana ia? Saya tak dapat rasa walau sikit."
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐈𝐭𝐮
Romance𝑷𝒓𝒆𝒒𝒖𝒆𝒍 𝒕𝒘𝒐 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝑫𝒊𝒂, 𝑳𝒂𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐉𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐐𝐀𝐒𝐇𝐀𝐅 𝐅𝐓. 𝐀𝐑𝐒𝐘𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐧𝐠𝐭𝐡 Apabila waktu memisahkan, takdir kembali menemukan mereka yang saling men...
