Author Notes : If there was any typo's, please inform me. Thank you.
___________________________________
TITISAN hujan membasahi bumi. Bunyi titisan air tersebut sungguh indah sehinggakan ramai umat manusia terasa seperti ingin terbang ke alam mimpi. Dengan dinginnya yang sungguh nyaman.Begitulah perasaan semua pelajar di dalam dewan Randell. Mata mereka mula layu dengan godaan encik hujan di luar dewan.
"Huargh!"
"Menguap tutup mulutlah , cik adik. Karang setan masuk."
Zera memandang Aina yang berdiri di sebelahnya.
Mematuhi teguran itu , Zera menutup mulutnya...selama 3 saat sebelum dia kembali membuka mulut.
Mulut dingangakan seluasnya lalu nafas dikeluarkan dari mulut dengan kuat.
"Wargh!"
Mulut ditutup kembali.
"Apa kau buat?" Tanya Lya , bingung.
"Keluarkan balik setan-setan yang masuk tadi." Ringkas dan polos jawapan Zera. Cukup untuk membuatkan Aina menampar dahinya sendiri.
"Oh...bijak." puji Lya , ikhlas.
Zera mengangguk. Dia memang bijak , orang saja tak tahu. Dia pula malas mahu mengaku.
Mata mereka kembali tertumpu pada guru disiplin yang dari tadi bercakap di hadapan pentas.
Bukan bercakap , tapi marah. Marah kerana ramai pelajar tertangkap sedang menghisap vape di dalam kelas.
"Berani betul diorang hisap benda alah tu dalam kelas. Aku ni nak hisap lollipop pun sorok-sorok." Lya bersuara lagi mengenangkan momentum dia bersama sebatang lollipop.
Sanggup dia menyorok di bawah meja semata-mata tak mahu cikgu nampak. Kalau cikgu nampak , alamatnya memang lollipop itu masuk ke tong sampahlah namanya. Buat rugi saja dia mengeluarkan perbelanjaan sebanyak 80sen semata-mata untuk sebatang lollipop yang akhirnya masuk ke tong sampah jua.
"Aku makan dalam kelas ok aje."
"Kelas kau lain!" Serentak A3NS'S bersuara dengan mata yang menikam Syu bersama wajah tidak bersalahnya.
Pelajar-pelajar yang berbaris di hadapan mereka terus memandang ke belakang. Hilang terus kantuk mereka mendengar suara A3NS'S itu.
YOU ARE READING
THE A3NS'S [OG]
Teen Fiction📌1st Novel (On Going + Slow Updated) "Prepare yourself because A3NS'S will conquer this entire Wolfin's" A3NS'S , bersekolah di sebuah sekolah elit yang diberi nama Wolfin Private High School. Dibenci , dicaci. Itulah yang mereka hadap setiap hari...