BAB 11

418 33 1
                                    

A3NS'S tercegat di depan pagar rumah teres milik keluarga Qeyla tepat pada pukul 7

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A3NS'S tercegat di depan pagar rumah teres milik keluarga Qeyla tepat pada pukul 7.30 a.m.

Awal bukan? Tapi memang sengaja mereka datang awal-awal begini. Bolehlah luangkan lebih masa dengan Qeyla.

Nanti pukul 9.00 a.m barulah mereka bergerak ke Wolfin Private Dorms. Segala pakaian dan barangan mereka sudah dibawa di dalam kereta masing-masing. Tak perlulah ulang-alik balik ke rumah untuk ambil barang-barang itu lagi.

Seusai memarkir kenderaan , mereka berdiri di hadapan pagar rumah teres milik keluarga Qeyla itu.

"Aina , betul ke kau dah call Qeyla sebelum kita gerak tadi?" Tanya Rin. Aina yang sibuk menggunakan telefonnya terus berpaling memandang Rin.

Kepala dianggukkan.

"Dah , kejap aku call dia lagi sekali."

"Hmm..." A3NS'S mengangguk lalu bersandar pada pagar rumah Qeyla.

Mata mereka masih sembab memandangkan semalam tidur lambat. Salah sendiri , siapa suruh tidur lambat?

Aina segera menghubungi Qeyla , tidak mahu membuang masa.

Tut...tut...

"Helo? Dah sampai eh? Kejap-kejap , aku buka pintu." Suara Qeyla terus memotong Aina dari sempat berkata apa-apa. Aina ternganga kecil.

Kalau iya pun , bagilah dia peluang nak cakap 'helo'. Ini tidak , terus dipotongnya sekaligus panggilan ditamatkan.

Melihat Aina yang sudah menjauhkan telefon dari telinga , Lya bertanya.

"Dah call ke?" Lya meminta kepastian. Manalah tahu mungkin Qeyla tidak angkat call ke apa.

"Dah. Cepat betul dia potong aku , aku nak cakap helo pun tak sempat." Adu Aina menyimpan telefon ke dalam poket seluar slack hitam yang dipakainya.

"Tak sempat cakap helo , cakaplah bye. Mana tahu sempat." Seloroh Lya , tawa kecil kemudiannya terletus.

A3NS'S menggeleng. Mula dah lawak hambar dia...

"Wah , lawaknya." Syu membuatkan tawa Lya terhenti.

Lya menampar tangan Syu.

"Kalau ya pun , supportlah aku sikit! Korang pun sama." Marah Lya. A3NS'S yang lain turut disasarnya.

"Apa-apalah , Lya." Jawab A3NS'S. Lya mencebik lalu terus duduk memeluk kaki di atas jalan tar.

A3NS'S membiarkan saja. Biar dia merajuk. Tak kuasa mereka nak pujuk.

Setelah menanti beberapa saat akhirnya Qeyla memunculkan diri keluar dari rumah bersama kunci pagar.

A3NS'S memandang Qeyla dari atas ke bawah. Kawan mereka itu masih memakai baju tidur dan menyarung tuala sebagai tudung.

 THE A3NS'S [OG]Where stories live. Discover now