MALAM beransur pergi dan pagi menjelmakan diri. Semua insani di muka bumi Malaysia mula menyedarkan diri dari mimpi dan meneruskan hidup mereka dengan semangat.
Begitu jugalah dengan enam orang gadis di dalam sebuah wad yang dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan dan serba mewah.
Lima orang dari mereka sudah menyedarkan diri. Hanya tinggal seorang yang masih terlantar tak sedarkan diri.
Keliling katilnya dikelilingi dengan lima orang gadis yang lain. Mereka menangis sehingga terdengar esakan halus.
"Janganlah tinggalkan kita orang,"
"Bangunlah,"
"Kita orang semua dah bangun, kenapa kau tak nak bangun lagi?"
"Kau dah tak sayang kita orang ke?"
"Kalau sayang, bukalah mata,"
Aina, Syu, Lya, Rin dan Zera menangis di keliling katil Ria yang masih terlantar.
Sedih, itu yang mereka rasakan saat ini. Mereka dah sedar, tapi kenapa Ria belum? Cukuplah mereka berenam koma selama 2 hari. Tak tertanggung rindu mereka.
"Ria... Bangunlah!" panggil Zera sedikit keras. Tangan memegang tangan Ria dan kepalanya ditundukkan sehingga bersentuhan dengan belakang tangan Ria yang masih kaku.
Ria perlahan-lahan membuka kelopak matanya ketika halwa telinga disapa dengan bunyi tangisan kuat.
Perkara pertama yang dia nampak ketika pandangan mula jelas ialah A3NS'S. Ria tersentak namun reaksi wajahnya dikawal.
"Ria!" seru Syu dan Lya serentak.
Zera, Rin dan Aina yang menunduk terus angkat kepala dan tersenyum gembira.
Tanpa sebarang amaran tubuh Ria terus dipeluk oleh Aina dan Rin. Mereka tahu Ria tak suka dipeluk tapi mereka dah tak dapat kawal perasaan, nak buat macam mana?
Ria masih terkedu. A3NS'S dah sedarkan diri. A3NS'S ada di sekeliling dia. Dia tak mimpi, bukan?
"Aku ingat kau nak tinggalkan kita orang, kau seorang aje yang tak sedarkan diri tadi," ujar Lya mencebik.
A3NS'S mengangguk setuju. Dah macam dalam drama kan? Maklumlah, A3NS'S memang drama queen.
Ria mempamerkan wajah datarnya. Tak berubah seperti selalu.
Tok tok.
Pintu wad ditolak dari luar. Seorang doktor wanita menapak masuk dengan senyuman yang manis.
"Alhamdulillah, semua dah sedarkan diri. Gembira saya tengok," kata wanita itu, mesra.
A3NS'S membalas senyumannya dengan senyuman mereka yang masih lemah. Tambah lagi, bibir mereka semuanya masih pucat dan kering sampaikan menggelupas.
YOU ARE READING
THE A3NS'S [OG]
أدب المراهقين📌1st Novel (On Going + Slow Updated) "Prepare yourself because A3NS'S will conquer this entire Wolfin's" A3NS'S , bersekolah di sebuah sekolah elit yang diberi nama Wolfin Private High School. Dibenci , dicaci. Itulah yang mereka hadap setiap hari...