RIA duduk di hadapan kaca televisyen, bersendirian sementara A3NS'S dan Rara sudah tidur di atas.Selesai dia membersihkan diri tadi kelihatan Rara sudah tertidur di atas katilnya. Kerana tidak mahu mengganggu lena gadis itu, jadi dia mengambil keputusan untuk membiarkan saja katilnya dihuni oleh Rara.
Kaca televisyen ditenung bagai mahu memecahkan skrinnya.
Dalam kepala dia memikirkan tentang perkara yang disebutkan Arilana di kafe tadi. Jujur, timbul rasa gusar ketika mereka dalam perjalanan pulang dari hospital tadi. Mata dia langsung tidak lepas dari 'menjaga' kereta milik Syu dan Zera.
Tetapi Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Semuanya dengan kuasa Allah. Mungkin mimpi Arilana itu hanyalah permainan tidurnya.
Baru saja dia ingin berdiri dan bergerak ke dapur, tiba-tiba kelihatan sosok seseorang sedang berdiri di anak tangga.
Ria memandang sosok itu dengan tenang.
"Ria, kau tak tidur ke?" Tanya Rin sambil menggosok matanya yang sedikit kabur.
Ria menggeleng sebagai jawapan. Kakinya kembali menyambung mengorak langkah ke dapur.
Rin membuntuti dari belakang.
"Ke kau tak tidur sebab Rara tidur dekat katil kau?" Tanya Rin lagi. Dia duduk di meja kaunter memerhati tindakan Ria yang ingin membancuh air.
"Tak." Jawab Ria sepatah dan senada.
Rin terangguk-angguk cuba mencari idea untuk meneruskan perbualan dengan Ria.
Terasa kekok. Jika bersama Ria, pasti perlu ada seorang lagi yang menemani. Jika hanya berdua, keadaan akan menjadi sepi.
"Pergilah tidur." Ujar Ria. Air yang dibancuhnya dibawa ke ruang tamu semula. Rin sekali lagi membuntutinya.
"Nak tidur tapi aku nampak kau keluar dari bilik tadi." Jawab Rin tenang. Matanya mengerling ke arah kaca televisyen dan secara tak langsung dia ternampak sebatang pensil dan sketchbook milik Ria di atas meja kopi.
Ria memandang Rin. Dia tahu ayat Rin seolah-olah tergantung. Pasti ada sesuatu yang dia ingin tanyakan. Jika tidak, mustahil Rin sanggup keluar dari bilik dan turun ke bawah semata-mata untuk melihatnya sedangkan gadis itu sedang mengantuk dan kelelahan.
"Aku nak tanya pendapat kau sebenarnya." Sambung Rin. Seperti yang dianggarkan Ria, Rin pasti ada hasratnya turun ke bawah.
"Kau rasa ada orang nak buat jahat dengan kita ke? Maksud aku, buat sesuatu perkara jahat yang mungkin melibatkan nyawa kita?" Tanya Rin. Matanya memandang Ria mengharapkan jawapan. Dia mahukan seseorang untuk berbual soal ini.
"Kenapa?" Soalan Rin berbalas dengan soalan tenang dari Ria.
"Tak. Aku tak sedap hati sebenarnya. Lately, aku asyik terfikir benda buruk yang berkaitan dengan darah. Bukan mimpi ke apa tau, tapi waktu aku tengah duduk-duduk saja atau termenung macam tu."
YOU ARE READING
THE A3NS'S [OG]
Teen Fiction📌1st Novel (On Going + Slow Updated) "Prepare yourself because A3NS'S will conquer this entire Wolfin's" A3NS'S , bersekolah di sebuah sekolah elit yang diberi nama Wolfin Private High School. Dibenci , dicaci. Itulah yang mereka hadap setiap hari...