TEPAT pukul 8 malam A3NS'S dan The Prince's sudah siap sedia menunggu kehadiran pekerja Mr Daus dihadapan tembok Wolfin Private Dorm. Selang beberapa langkah dari mereka ialah pondok pengawal keselamatan. Lelaki muda yang berada di dalam pondok itu dari tadi memandang pelik ke arah mereka.
Tahu kenapa?
Sebab si Arhan Najmie yang seorang ni buang tabiat pergi pakai tuxedo malam-malam buta. Mahu suruh dia tukar pun sudah tiada masa.
A3NS'S memakai pakaian biasa tetapi sopan, begitu juga The Prince's. Dia seorang saja yang tiba-tiba terlebih extra.
Raz pula tiada bersama mereka kerana The Prince's kata dia keluar awal kerana mahu ambil Rara di rumah ibu bapa mereka.
"Rasa macam terlebih kacak pula malam ni." Puji Han memecah sunyi.
Mereka memutarkan bola mata. Tolonglah jangan bagi mereka muntah diatas pakaian mereka yang bersih dan suci murni ini.
"Nak muntah aku dengar." Bidas Rin selamba.
"Kalau kita kena bawa kereta sendiri dah lama aku tinggalkan kau." Sambung Riq pula memandang Han atas bawah berulang kali.
"Tahulah kau cemburu. Rin pun, janganlah marah sangat. Nanti kalau ada wanita cantik terpikat dengan aku, kau pula yang cemburu." Kata Han masih dengan keyakinan dirinya yang dibeli dari aplikasi Lazada.
"Jangan kata terpikat, dia nak culik kau pun aku bagi green light." Balas Rin selamba.
Han mencebik. Iyalah tu.
Tidak lama kemudian, sebuah kereta Alphard berwarna hitam dan sebuah kereta Alza berwarna silver berhenti betul-betul dihadapan mereka.
Tingkap kereta Alza diturunkan maka terlihatlah wajah Pak Man yang tersenyum manis.
"Maaf Pak Man terlambat. A3NS'S naik kereta Alphard tu ya? The Prince's naik dengan Pak Man. Maaflah, ni kereta biasa saja." Ujar Pak Man membuka lock pintu kereta yang dipandunya.
"Ala Pak Man, saya dah pakai handsome macam ni takkan kena naik-"
"Tak apa Pak Man, selagi mana Pak Man tak bawa kereta sorong mereka ni ok saja." Potong Syu cepat-cepat. Jelingan sipi dihadiahkan khas buat Han.
Mengada betul, cukup eloklah masih ada kenderaan. Baru pakai tuxedo dah bising bukan main, kalau pakai kain kafan nanti tak tahulah. Agaknya elok-elok tak bernafas pun boleh bernafas balik sebab tak mahu naik van jenazah.
"Mengadalah kau ni, cepat naik." Marah Riq pula.
The Prince's membuka pintu kereta dan masuk dengan pantas. Yang tinggal hanyalah Han diluar kereta.
"Aduh, Han. Dah penuhlah." Kata Arief memandang ke arah tempat duduk dia, Riq dan Deeb. Memang tak muat kalau nak sumbat Han. Adrie memang sudah selamat duduk di depan.
YOU ARE READING
THE A3NS'S [OG]
Teen Fiction📌1st Novel (On Going + Slow Updated) "Prepare yourself because A3NS'S will conquer this entire Wolfin's" A3NS'S , bersekolah di sebuah sekolah elit yang diberi nama Wolfin Private High School. Dibenci , dicaci. Itulah yang mereka hadap setiap hari...