A3NS'S termenung memandang Qarrish dan Qalish yang sedang menjamu selera semeja dengan The Prince's. Mereka duduk di meja yang berasingan dengan The Prince's kerana tidak cukup tempat duduk. Tapi tak apa, bukan penting pun.
Sekarang fikiran mereka sedang melayang pada ayat Mr Daus ketika mereka berjumpa dengan lelaki itu di pejabat untuk mengadukan tentang kes buli yang berlaku pada dua orang anak lelaki Pak Man. Sebaris ayat yang tak mereka sangkakan keluar dari mulut Mr Daus membuatkan mereka rasa semakin kesian dengan kejadian yang menimpa Qarrish dan Qalish.
'Sebenarnya, Qarrish dan Qalish ada sedikit masalah autism dari segi pemikiran dan sikap mereka. Mereka tidak dapat menggunakan kemahiran berfikir mereka seperti mana remaja yang sebaya dengan mereka yang lain. Ada masa mereka akan sangat mudah ditipu dan diambil kesempatan oleh orang lain. Pemikiran mereka tidak kurang seperti pemikiran kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Dari segi sikap, saya rasa kamu semua pun nampak perbezaannya dengan remaja normal yang lain. Qarrish dan Qalish mempunyai jiwa yang lebih keanak-anakan. Mereka mudah menangis, mudah memberontak jika ada yang tidak kena dengan keinginan mereka. Boleh dikatakan kalau terjatuh dan luka secalit saja pun sudah cukup untuk buat mereka menangis dengan kuat.'
A3NS'S tak pernah sangka yang dua orang kembar itu memang 'istimewa'. Malah Mr Daus siap menunjukkan kad OKU milik mereka berdua pada A3NS'S sebentar tadi.
Tentang pembulian yang terjadi tadi pula, Mr Daus minta tolong dari seorang guru disiplin lelaki sekolah mereka untuk menguruskannya.
Itu yang membuatkan A3NS'S termenung sekarang ini. Guru disiplin tu betul ke boleh bantu mereka uruskan masalah Qarrish dan Qalish? Bagaimana jika cikgu itu juga seperti cikgu lain yang akan marah dan membuat sambil lewa tentang masalah ini kerana Qarrish dan Qalish mempunyai kaitan dengan A3NS'S?
Pap!
"Haih? Jauh termenung? Apa yang dimenungkan ni? Cuba cerita." Arilana mengambil tempat pada meja yang sama dengan A3NS'S. Dari dalam kaunter tadi dia perasan gadis-gadis ini termenung. Nasib baik makanan mereka sudah licin dimakan. Kalau tidak, memang Arilana rasa nak bagi bebelanlah sebab biarkan rezeki terlangah begitu saja.
A3NS'S mengalihkan pandangan mereka daripada Qarrish dan Qalish kepada Arilana yang berada dihadapan mereka.
Mereka menarik nafas dalam sebelum menceritakan semuanya pada Arilana yang setia mendengar.
"Cikgu Juhan? Cikgu tu bukan anti dengan kau orang ke?" Soal Arilana setelah mendengar cerita A3NS'S.
A3NS'S mengangguk. Ada ke cikgu sekolah ni yang tak anti dengan mereka? Ada itu memanglah ada tapi bukan semua.
"Kita orang harap Cikgu Juhan tu tak kaitkan Qarrish dan Qalish dengan kita orang untuk kes ni. Bukan apa, kita orang cuma nak hak dia orang terbela saja, Kak Ari. Kesian. Mentang-mentang dia orang berdua 'istimewa', semudah itu aje pelajar lain nak jadikan dia orang mangsa buli. Mana pergi sifat keperimanusiaan dia orang?" Ujar Rin. Emosinya hampir melayang kerana risaukan hal ini.
YOU ARE READING
THE A3NS'S [OG]
Teen Fiction📌1st Novel (On Going + Slow Updated) "Prepare yourself because A3NS'S will conquer this entire Wolfin's" A3NS'S , bersekolah di sebuah sekolah elit yang diberi nama Wolfin Private High School. Dibenci , dicaci. Itulah yang mereka hadap setiap hari...