BAB 13

371 32 24
                                    

             TELEVISYEN terpasang  menayangkan sebuah drama korea bertajuk 'W : Two World' yang dibintangi oleh Lee Jong Suk dan Han Hyo Joo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

             TELEVISYEN terpasang  menayangkan sebuah drama korea bertajuk 'W : Two World' yang dibintangi oleh Lee Jong Suk dan Han Hyo Joo.

A3NS'S duduk dihadapan televisyen itu bersama.

Ria menonton drama itu dengan wajah tanpa reaksinya di atas sofa.

Aina duduk di atas karpet putih yang terbentang di atas lantai iaitu diantara sofa dan televisyen diletakkan. Di atas meja kopi di hadapannya penuh dengan buku latihan addmath dan prinsip akaun miliknya.

Syu pula menjadi tempat Zera merehatkan kepala di atas bahunya.

Lya dan Rin sibuk mengunyah keropok Mr Potato berperisa original dengan mata yang tertumpu tepat ke kaca tv.

"Kenapa perempuan tu luka tapi tak keluar darah?" Soal Rin masih belum memahami cerita yang terpasang sedari tadi.

"Itulah tu , keluar macam cecair lilin aje. Dia manusia ke bukan? Adakah beliau sebuah patung lilin?" Lya turut mempersoalkan perkara yang sama disertakan spekulasi mengarutnya.

Syu memandang Lya. Kecik besar kecik besar aje Lya dimatanya.

"Zera , explain Zera. Aku malas nak explain , aku nak menikmati drama dengan aman." Syu menepuk Zera yang betul-betul bersebelahannya.

Zera dengan wajah sugulnya terus mengangkat kepala dari atas bahu Syu.

"Dia keluar cecair macam lilin tu sebab dia bukan dekat dunia dia. Dia dekat dunia komik yang ayah dia cipta tu. Kalau keluar darah waktu dia terluka , secara automatik dia akan balik ke dunia realiti balik." Terang Zera ringkas.

"Ooo..." Lya dan Rin terangguk-angguk sambil berpandangan. Mulut mereka membentuk huruf 'O'.

"Tapi , kenapa ada masa keluar darah ada masa tak? Kenapa tak setiap masa aje dia keluar cecair macam lilin tu?"

Mendengar soalan Lya , Zera dan Syu mengeluh. Nak menjawab soalan si Lya ni saja sampai habis beberapa perenggan subtitle mereka berdua ketinggalan.

"Entahlah , Lya. Nanti kau tanya direktor dia." Ringkas Syu menjawab.

Lya mencebik. Nak tanya pun tak oleh...

"Tapikan , bagus juga kalau dia cuma keluar cecair putih tu aje setiap kali luka. Nanti boleh dia bersama dengan lelaki tu sampai bila-bila. Tak payah balik dunia realiti dah. Lelaki tu pun handsome plus kaya. Kalau aku , memang aku tak balik dah." Sampuk Rin berangan-angan.

Lya laju mengangguk.

"Betul! Saya sokong!" Lya mengangkat penumbuk ke udara tanda menyokong Rin.

"Eh! Tak boleh! Lupa pula , tanggungjawab kita dekat family masih ada. Itu lebih utama." Potong Rin lagi membantah ayatnya sendiri.

"Yup! Kita anak sulung kena berbakti pada ibu bapa dan bertanggungjawab ke atas adik-adik!" Semangat Zera menyokong manakala Lya terdiam. Dia bukan anak sulung. Ihiks.

 THE A3NS'S [OG]Where stories live. Discover now