BAB 31

44 8 0
                                    

      KREEK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


      KREEK... Pintu dibuka perlahan dan masih belum menampakkan si pembukanya.

"ARGH!"

"ARGH! Kenapa?! Apa dia?!" Arilana cepat-cepat masuk ke dalam dan menutup pintu dewan renang dengan wajah cemas.

Terkejut dia apabila A3NS'S tiba-tiba menjerit.

"Kenapa korang jerit?!" Marah Arilana masih berdebar-debar.

A3NS'S memaparkan reaksi kosong.

"Saja." Serentak mereka membalas.

Arilana kegeraman lalu mencapai bola mainan yang berisi angin lalu dicampak tepat mengena pada kepala Lya yang baru timbul dari dalam air.

Lya kebingungan. Ada benda jatuh atas kepala dia ke tadi?

"Kenapa Kak Ari datang sini? Nak join kitaorang mandi ke?" Soal Zera. Dia dari tadi tidak bosan mengajak orang untuk menyertai mereka.

Arilana menggeleng.

"Korang sibuk ke?" Soal Arilana semula. Dia duduk di sebelah Ria di tebing kolam. Kakinya direndamkan ke dalam air.

"Tak, kalau sibuk dah lama kolam renang ni sunyi. Tak adanya kitaorang nak buang masa dekat sini." Balas Aina menerima anggukan dari Arilana.

Betul juga, kalau A3NS'S sibuk memang tak adanya mereka nak main-main macam kanak-kanak terlebih riang di kolam renang ini.

"Kenapa Kak Ari?" Soal Lya.

Arilana memandang satu persatu wajah milik A3NS'S lalu keningnya yang tidak gatal digaru lembut.

"Akak nak minta tolong. Boleh tak?"

"Insya-Allah boleh. Tapi tolong apa? Kalau mampu, kitaorang tolong." Kata Syu.

"Hari ni hari jadi arwah adik akak. Akak ingat nak lawat kubur dia. Tak jauh pun, berdekatan hospital yang Mr Daus masuk hari tu je. Akak nak minta tolong abang Arieyan tapi dia kerja. Ibu dengan ayah akak pula pergi ziarah nenek akak dekat Kuala Lumpur." Jelas Arilana serba salah. Dia tidak mahu susahkan A3NS'S tapi kerana terpaksa, dia minta juga pertolongan dari mereka.

A3NS'S mengangguk faham. Arilana tiada lesen memandu, selama ini jika pergi dan pulang dari Kafe pun abangnya, Arieyan yang mengambilnya.

"Tak apalah, kitaorang boleh teman Kak Ari ke sana. Jom?" Zera menaiki anak tangga dalam kolam renang untuk ke atas.

Tuala dicapai dan wajahnya dilap sehingga kering.

"Tak apa ke? Tak susahkan korang?" Soal Kak Ari bimbang dia membebankan A3NS'S.

Mereka menggelengkan kepala laju.

"Tak. Langsung tak. Akak nak balik rumah dulu ke? Nak tukar baju ke apa?" Soal Aina ingin tahu memandangkan pakaian Arilana kelihatan agak comot kerana berperang di dapur. Tudungnya pun sama.

 THE A3NS'S [OG]Where stories live. Discover now