HARI yang dinanti-nantikan sudah tiba. Hari ini, bakal dianjurkan ceramah Motivasi Kerjaya dan sedikit taklimat berkenaan Kem Jati Diri yang akan dilangsungkan pada hari esok.
Lapan orang mahasiswa dan mahasiswi yang menjadi wakil pusat pengajian mereka datang dengan menaiki bas dan tiba dengan selamat ke dalam perkarangan Wolfin Private High School.
Beberapa orang pengawas tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang diarahkan A3NS'S untuk menyambut tetamu menjalankan amanah mereka dengan baik. A3NS'S dan The Prince's berpecah ke lokasi yang berbeza. Ada yang bersiap sedia di belakang pentas, ada yang ke kafe untuk memaklumkan tentang ketibaan pelawat pada Arilana dan pekerja kafe dan selebihnya di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan sekolah dalam keadaan terkawal. Mereka akan berkumpul semula di dewan Randell apabila pemeriksaan mereka selesai.
"Dah periksa semua?" Soal Ria sebaik saja mereka semua bertembung di luar pintu dewan. Kedengaran kekecohan di dalam dewan menandakan semua tetamu mereka sudah berada di dalam sana.
"Dah," serentak A3NS'S dan The Prince's menjawab.
Ria mengangguk.
"Thank you. Masuk dewan," arah Ria.
Mereka semua mula membuka langkah mendekati pintu dewan. Namun tidak sempat Rin memegang tombol pintu dewan, Raz tiba-tiba bersuara.
"Ada pelajar berkeliaran di taman bunga," anak mata Raz terarah pada Ria.
Semua memandang pada Ria.
"Pergi panggil," arah Ria dua patah, sungguh ringkas. Wajah Raz langsung tak dipandang.
"Dia orang tak takut aku," Raz enggan untuk ke sana.
A3NS'S pandang Ria dan The Prince's secara berselang-seli.
"Tak apalah Ria, kita orang jaga dalam dewan, kau pergilah panggil budak-budak tu," kata Syu bertolak ansur.
"Kita orang ramai, kita orang boleh jaga dalam sana, pergilah," Lya seakan menyetujui Syu, kepala mengangguk tanda tidak mengapa.
Ria menghela nafas berat.
"Masuk cepat, " ujarnya sebelum berlalu pergi ke arah taman bunga. Di belakang, Raz membuntutinya dengan laju.
Setelah Ria dan Raz hilang dari pandangan, A3NS'S dan The Prince's menjungkit bahu pada satu sama lain sebelum menapak masuk ke dalam dewan.
A3NS'S dan The Prince's terus berlalu ke belakang dewan sebaik saja mereka masuk.
Mereka mengambil tempat di beberapa kerusi yang masih kosong. Di hadapan, semua mahasiswa dan mahasiswi yang diutuskan sedang mengenalkan diri. A3NS'S dan The Prince's memasang telinga dan mendengar dengan teliti setiap baris nama beserta melihat wajah semua penuntut Universiti di atas pentas.
YOU ARE READING
THE A3NS'S [OG]
Teen Fiction📌1st Novel (On Going + Slow Updated) "Prepare yourself because A3NS'S will conquer this entire Wolfin's" A3NS'S , bersekolah di sebuah sekolah elit yang diberi nama Wolfin Private High School. Dibenci , dicaci. Itulah yang mereka hadap setiap hari...